Tuesday, May 26, 2020

Mengajar Anak Anda Tentang Hormat & TanggungjawabAssoc Prof Dr Alvin Ng Lai

Clinical Psychologist and Founding President of the Malaysian Society of Clinical Psychology (MSCP)

Kanak-kanak lazimnya diajar cara untuk merangkak, berjalan, membaca dan menulis. Apabila mereka membesar, mereka akan belajar cara untuk menyelesaikan masalah matematik, memahami konsep saintifik dan berbahas peristiwa bersejarah. Kesemua ini dilaksanakan melalui bimbingan ibu bapa, guru ataupun pengasuh.

Bimbingan yang sama juga hendaklah diberikan dalam usaha untuk mengembangkan kualiti, nilai moral dan perwatakan anak anda supaya selaras dengan kemahuan anda. Melalui bimbingan dan teladan orang dewasa, kanak-kanak belajar untuk menjadi seorang yang jujur serta menghormati, mempertahankan apa yang mereka percayai, mengambil berat tentang orang lain, bertanggungjawab dan membuat pilihan bermoral,

Tanggungjawab

Bertanggungjawab bererti seseorang itu boleh dipercayai, diharapkan, jujur dan komited. Seseorang yang bertanggungjawab sedia menerima akibat daripada tindak-tanduk dan tutur katanya. Kanak-kanak perlu faham bahawa untuk menjadi sebahagian daripada sesebuah keluarga dan komuniti, mereka hendaklah menggalas tanggungjawab dan menunaikannya dengan ikhlas.

Membesarkan Anak yang Bertanggungjawab

  1. Bantu anak anda memahami hubungan antara tindakan yang dilakukan dan kesan daripada tindakan tersebut dengan memberi contoh sebenar (seperti jika permainannya tidak disimpan, seseorang mungkin terpijak dan tercedera).
  2. Sentiasa tegas melalui disiplin dan peraturan kerana tanggungjawab juga merangkumi perakuan diri. Dia perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa terdapat kesan dan akibat daripada percakapan, tindakan dan keputusan yang dibuat.
  3. Jangan memenuhi keperluan mereka secara serta-merta atau mengalah kepada semua kehendak mereka. Ini memberi peluang kepada anak anda untuk belajar bertoleransi dengan sedikit kekecewaan, melengahkan kepuasan hati, menjadi kurang impulsif dan kurang mementingkan diri sendiri, serta memahami bahawa mereka adalah sebahagian dari sistem fungsian yang lebih besar.
  4. Bina rasa keupayaan dan kepercayaan diri mereka melalui tingkah laku yang bertanggungjawab. Apabila mereka yakin bahawa mereka boleh mengatasi cabaran dan membuat sesuatu sumbangan,mereka akan lebih cenderung untuk memenuhi kewajipan mereka dan berasa gembira untuk memikul tanggungjawab.
  5. Kejujuran adalah sukar bagi kanak-kanak, mereka takut untuk menerima akibat apabila berbuat salah. Oleh itu, jika anda ingin anak anda mengakui salah atau silap:
    • bertenanglah dan berlemah lembut apabila menyuarakan ketidakpuasan hati anda tentang tingkah laku yang buruk.
    • beritahulah mereka bahawa semua orang membuat kesilapan tetapi perkara yang paling penting ialah kejujuran dan mempelajari daripada kesilapan, serta cuba memperbetulkannya semula.
    • puji kejujurannya jika dia mengaku melakukan kesilapan atau salah laku.

Hormat

Hormat bererti menerima orang lain tanpa menilai mereka dan memberi layanan yang bersopan. Ia bermula daripada kepercayaan bahawa semua orang adalah sama dan harus dilayan dengan mulia. Sama seperti sikap bertanggungjawab, anda perlu mengajar anak anda untuk memikirkan bagaimana tindakannya akan memberi kesan kepada orang lain, kerana kita semua saling berkait antara satu sama lain tidak kira sama ada kita suka atau tidak.

Mengajar anak tentang hormat

  1. Jadilah teladan yang baik. Guna perkataan seperti “tolong”, “terima kasih”, dan “maafkan saya” apabila perlu. Pastikan anak anda memahami mengapa bersopan santun terhadap orang lain adalah penting dalam masyarakat.
  2. Tetapkan batasan dan kuatkuasakan peraturan apabila anak anda tersilap perlakuan atau bertingkah laku tidak wajar. Pastikan mereka memahami mengapa sesetengah perlakuan dianggap tidak sopan atau tidak wajar.
  3. Mulakan dengan meminta dia menghormati permainannya sendiri dan menyimpannya selepas bermain. Tekankan bahawa ini juga menunjukkan rasa hormat kendiri kerana ia menunjukkan kasih sayang.
  4. Ajar anak anda supaya menghormati perbezaan orang lain dan beritahu mereka mengapa setiap orang harus dilayan secara sama rata, tanpa mengira perbezaan tersebut. Adalah penting untuk mengiktiraf dan mengakui orang lain walaupun anda tidak setuju dengan mereka. Mengiktiraf perasaan orang lain menunjukkan rasa hormat.
  5. Pupukkan kebaikan dan empati dengan bertanya perasaan mereka sekiranya mereka berada dalam situasi orang lain. Akui perasaan dan pendapatnya.
  6. Ajar anak anda supaya menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar secara aktif dan mengakui orang lain apabila mereka bercakap adalah asas kehormatan. Anda juga perlu melakukan perkara yang sama sebagai teladan.

Beberapa tugasan dan kerja rumah yang bersesuaian mengikut umur boleh membantu anak anda mengamalkan rasa tanggungjawab dan hormat. Peranan mudah di rumah menanamkan perasaan kekitaan dan keberdayaan diri dalam dirinya. Membantu membuat kerja rumah bersama-sama ahli keluarga lain membawa kepada fungsi kekeluargaan yang holistik, dan anak anda dapat melihat bahawa tanggungjawab kecilnya (yang mungkin besar baginya) menyumbang kepada gambaran sempurna yang lebih besar.

Kanak-kanak Petatih & Pra sekolah
  • Menutup lampu apabila meninggalkan bilik (pengawasan mungkin diperlukan jika anak anda perlu menggunakan kerusi untuk mencapai suis).
  • Mengamalkan cara berkomunikasi yang sopan. Tunjuk kepada anak anda cara bercakap bersopan-santun dengan orang lain.
  • Menggantung tuala selepas mandi (di tempat penyangkut).
  • Menyimpan permainan selepas bermain.
  • Membawa pinggan mangkuk ke sinki (kemudian, basuh pinggan sendiri).
  • Menyediakan meja untuk waktu makan.
  • Memberi makan haiwan peliharaan.
  • Membaca cerita waktu tidur yang mengandungi pelajaran moral dan nilai khusus yang mengajar tentang hormat, tanggungjawab dan menyelesaikan masalah sosial.

Kanak-kanak (6-12 tahun)
  • Melakukan kerja rumah (contohnya, menyapu, mencuci tingkap, memvakuum, membuang sampah).
  • Membantu menyediakan makan malam.
  • Menjaga haiwan peliharaan.
  • Menyediakan bekalan makanan untuk dibawa ke sekolah.
  • Menyusun pakaian di dalam laci (kemudian, melipat pakaian sendiri).
  • Menyediakan beg sekolah dan membasuh kasut sekolah sendiri.
  • Menggalakkan anak mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum, atau menganggotai pasukan sukan sekolah.

Adalah penting untuk mengukuhkan tingkah laku bertanggungjawab dan hormat dengan mengakui, menggalak dan membentuk tingkah laku tersebut. Elakkan daripada sentiasa mengkritik anak anda tentang perkara yang dia lakukan. Komen negatif boleh meningkatkan risiko mereka untuk tidak menghormati orang lain, serta boleh merendahkan harga diri dan melemahkan semangat untuk bertanggungjawab. Idea utama di sini adalah untuk menjadi teladan nilai murni kepada anak anda. Hormat dan tanggungjawab dipupuk dengan benar-benar menghargai orang lain dan barang kepunyaan mereka.

Ibu bapa memainkan peranan besar dan penting dalam membentuk perwatakan, kepercayaan dan tingkah laku anak mereka. Kajian sains tingkah laku menunjukkan bahawa kemahiran sosial yang baik dalam kanak-kanak, terutamanya kemahiran menghargai nilai orang lain seperti menghormati dan bertanggungjawab, adalah faktor utama kejayaan di kemudian hari, tanpa mengira pencapaian akademik. Oleh itu, mengajar mereka tentang tanggungjawab dan hormat dari awal dapat membantu membendung sikap terlampau mementingkan hak lalu membina kemahiran untuk mewujudkan hubungan positif dalam diri anak-anak. Ini sudah pasti berbaloi apabila mereka membesar menjadi orang dewasa yang berguna dan dihormati dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi, nilai-nilai ini akan memelihara keharmonian kesihatan mental dan kesejahteraan 

Sunday, April 5, 2020

tahun 2020

Assalamualaikum.... Salam 2020
Memang sangat lama tak menulis didalam ni... Dah bersawang dah pon blog... Apa yang di updatedkan ditahun 2020 nih.. Yg pastinya tahun wabak sedunia.. Huhuhu.. Ianya benar.. Wabak convid 19 yg datang dari china.. Dikatakan dari wilayah wuhan.. Virus tersebut dikatakan berasal dari kelawar yang dimakan manusia... Wait!! Kelawar?
Yee... Ianya kelawar... Hmmm apelah deorang ni makan.. Macam dah xder benda lain nak makan dah... Banyak yang halal dan tidak memudaratkan... Dah jadi isu global... Sampaikan malaysia pon gak terkecuali... Sekarang ni pon masih lagi bejalan... Ekonomi makin teruk.. Company banyak lingkup... 

Thursday, March 2, 2017

Biarlah ia terus berlalu

Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.

Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya.

Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada? Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.

Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang.

Tuesday, July 19, 2016

Jati diri dan ketelusan...

Mengapa manusia berubah... mengapa manusia selalu berubah...
Mengapa sentiasa ada alasan untuk manusia berubah... mengapa hati manusia senantiasa berbolak balik....

Apakah kurangnya rasa bahagia... apakah kurang rasa syukur...apakah kurangnya nikmat allah....atau ada perasaan cemburu dan iri

Percayalah... tiada yang sempurna...tiada yang kurang ... cuma perasaan hati dan nafsu yang dicipta allah bagi menguji setiap manusia...

Kerana manusia sering lupa... kerana sering tidak cukup dengan apa yang ada... menjadikan manusia lain penyebabnya... sedangkan ia cuma berdalih dan lari dari realiti....

Sesungguhnya menerima apa yang bukan mengujakan manusia itu adalah pahit... menelan setiap kekurangan dan kesilapan itu juga sesuatu yg amat teruk ...

Seperti anak yg tidak mahu menerima ibu yang  berdosa.... seperti ibu yang nusyuz terhadap bapa yang jahil dan pembengis....seperti menyisihkan  adik yang terjebak dengan dadah ...seperti memulau saudara yang miskin... dan menjauhi rakan yang jahil beragama ...

Tanggungjawab dan amanah adalah sebahagian dari kita .. sekalipun kita tidak mampu merubah semuanya... sekurang kurangnya kita perlu lakukan bagi bahagian kita...

Kerana setiap perkara negatif yang datang dari orang sekeliling tidak perlu untuk kita membalasnya dengan negatif.... perlunya kita sematkan jati diri positif...kerana jika dilawan dengan negatif ...ini tidak akan pernah habis...dan memburukan keadaan...

Sejujurnya untuk melakukan kebaikan itu bukanlah mudah...tetapi percayalah...kita akan berasa gembira dan bahagia dengan setiap kebaikan yang dilakukan itu......

Friday, February 19, 2016

Maafkan aku.. ampunkan aku

Ya allah...maha besar..maha pengasih..
Aku bermohon padamu...
Maafkan aku...ampunkan aku..
Sesungguhnya amat besar dosa dosaku...
Tanggungjawab dan amanah mu dilalaikan
Suruhan dan ibadah padamu ditinggalkan..
Masa dan peluang telah disia sia kan....
Kerana langkahku sering tergelincir..
Kerana hatiku sentiasa terpesong...
Kerana mataku selalu dikaburi dengan duniamu
Maafkan aku...ampunkan aku...
Sesungguhnya aku amat takut keneraka mu
Kupohon kepadamu kuatkan hati..bersihkan jiwaku ..
Agar lahirnya aku kedunia dan kembali semula
Dalam keadaan yang diterimamu..maafkan aku.

Ibuku... abahku...
Ibuku yang melahirkan aku...abahku yang mendidikku...
Merekalah... wali wali ku ..celiknya mataku..
Maafkan aku... ampunkan aku...
Kerana tidak mampu memberi kemewahan..
Kerana aku kurang memberi perhatian...
Kerana sering hilang dari pandanganmu
Telah lama aku menyusahkan mereka...sejak dari
Kecil segala perlu ku dipenuhi ..apa kehendak ku
Diberi...
Sekalipun miskin tanggungjawab tidak
Diabaikan...
Ya allah... ampunkanlah dosa dosa mereka..
Aku juga bermohon agar kami bertemu semula diakhirat kelak...
Ibuku... abahku... maafkan aku... ampunkan aku..

Peneman hidupku...sejujurnya kita masih belum bertemu... sejujurnya kita masih mencari...
Seandainya engkau dihadapanku.. muncullah
Seandainya engkau jauh dariku... kemari lah..
Seandainya engkau tidak mengenaliku.. berdoalah agar dipertemukan denganku...
Jika itu takdir dan jodoh hidupku didunia...
Maafkan aku... ampunkan aku...
Jika..aku lambat dalam mencarimu...
Jika .. aku belum sempurna untukmu..
Jika ..aku tidak mampu membina keluarga bersama denganmu..
Jika ..aku pergi dulu sebelum berjumpa denganmu...
Maafkan aku... ampunkan aku... mungkin tiada rezeki kita disini...

Thursday, February 4, 2016

Amanah dalam islam


Pendahuluan

Amanah merupakan satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ia menentukan masa hadapan sesebuah masyarakat. Semua peranan yang dimainkan oleh setiap individu berkisar di sekitar dengan amanah yang telah diletakkan ke atas dirinya. Manusia tidak boleh melepaskan dirinya dari menunaikan amanah yang telah dibebankan kepadanya oleh kehendak-kehendak kehidupan. Salah satu daripadanya ialah urusan-urusan pentadbiran yang merupakan satu urusan yang mesti dipelihara dan dikawal tanpa dicemari oleh unsure-unsur yang merosakkan. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerana ia merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Setiap orang mesti menunaikan amanah kepada tuhan, diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengertian

Amanah berasal daripada perkataan arab - amanah, yang bermaksud tenteram, aman, selamat dan harmoni. Dalam pengertian nilai dan akhlak, amanah ialah menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah dengan erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oloh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

Ia bermula daripada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT. Dan fungsi sebagai khalifahNya. Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah ialah patuh, taat dan tunduk kepadaNya. Tanggungjawab manusia sebagai khalifah pula ialah membangun, memakmur dan melaksanakan islah di bumi ini mengikut kehendak dan tuntutan yang terkandung dalam syariat dan ajaranNya seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah dengan fungsinya untuk taat, patuh dan mengimarahkan bumi Allah ini ialah satu amanah yang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Segala tuntutan agama dan kewajipan yang ditetapkan hendaklah dipikul dan dilaksanakan seperti yang dikehendaki tanpa lalai, ragu dan sambil lewa. Jika ini dilaksanakan, maka seseorang itu telah menunaikan amanahnya kepada Allah SWT sepertimana firmanNya :

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RsulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

Segala pemberian dan nikmat Allah SWT hendaklah dimanfaatkan untuk kebaikan dan digunakan mengikut peraturan dan hukum yang telah ditetapkan. Apabila amanah Allah ini ditunaikan, maka manusia akan merasai ketenangan, kedamaian dan keselamatan jiwa yang tidak terhingga. Hilanglah kegelisahan dan kekacauan dalam dirinya. Sebuah organisasi dan masyarakat yang anggotanya menjaga, memelihara dan menghargai amanah Allah akan berada dalam suasana aman, tenteram dan penuh harmoni. Dengan itu produktiviti akan bertambah dan kebaikan akan berkembang.

Amanah terhadap Rasul ialah cabang daripada amanah terhadap Allah. Rasul menyampaikan segala ajaran Allah SWT dan menunjukkan bagaimana ajaran itu dilaksanakan. Rasulullah SAW telah menyediakan as-Sunnah dan Qudwah (ikutan). Ia merupakan amanah Rasulullah SAW kepada umatnya yang perlu dipelihara, dihargai serta dipatuhi.

Perkataan Rasulullah dalam bentuk perintah, nasihat dan saranan menjadi sunnahnya. Begitu juga perbuatan dan pengakuannya merupakan sunnah yang menjadi amanah untuk diterima dan dilaksanakan sebagai tanggungjawab yang dituntut. Patuh dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan sebahagian daripada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Seseorang dianggap mengkhianati amanah Allah dan RasulNya jika kewajipan yang telah ditentukan, diabaikan. Begitu juga jika ia tidak memelihara ketinggian dan maruah agama Allah, tidak berjuang menegakkannya dan tidak berusaha untuk menghayatinya dengan penuh keimanan dan keyakinan.


2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

Manusia dan segala anggotanya menjadi amanah Allah SWT. Akal, mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain anggota merupakan amanah Allah. Setiap diri kita mempunyai tanggungjawab dan kewajipan dari segi rohaniah dan juga lahiriah. Menjaga kebersihan , kesihatan diri dan memberikan hak-hak anggota tubuh badan merupakan sebahagian daripada amanah terhadap diri yang telah ditetapkan oleh Islam.

Kebersihan rohaniah dan memelihara anggota daripada digunakan untuk perkara yang dilarang oleh Allah SWT menjadi tanggungjawab dan tuntutan yang terkandung dalam pengertian amanah. Mata yang dikurniakan oleh Allah adalah amanah. Ia hendaklah digunakan untuk tujuan yang diredhai Allah dengan menghindarkannya daripada melihat perkara yang dilarang. Telinga hendaklah digunakan untuk tujuan yang baik dengan menghindarkannya daripada mendengar perkataan yang terlarang seperti mendengar umpatan.

Lidah menjadi amanah Allah. Ia hendaklah dijaga dan dipelihara daripada segala kejahatan. Lidah adalah lebih tajam daripada mata pedang. Jika disalahgunakan ia amat berbahaya kepada diri dan masyarakat. Lidah yang tidak dijaga akan menjadi pembawa fitnah yang boleh merosakkan hidup dan membinasakan diri sendiri. Oleh itu, semua anggota tubuh badan dan pancaindera merupakan amanah Allah kepada manusia yang perlu dijaga dan dipelihara dengan cara memanfaatkannya untuk tujuan yang diredhai Allah.

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Manusia merupakan makhluk bermasyarakat yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Tiada sesiapapun yang dapat memenuhi semua keperluannya tanpa pengantungan kepada orang lain. Penduduk kota yang memiliki pelbagai kemudahan memerlukan khidmat para petani dan nelayan untuk mendapatkan keperluannya seperti beras, sayuran dan ikan. Mereka memerlukan khidmat para penternak untuk mendapatkan daging.

Para peniaga memerlukan pelanggan manakala pengguna memerlukan khidmat peniaga. Para pemimpin memerlukan pengikut. Pengikut memerlukan bimbingan dan kepimpinan para pemimpin. Tegasnya, tiada siapa yang mampu hidup bersendirian, kerana manusia itu makhluk bermasyarakat. Setiap orang memerlukan perkhidmatan orang lain dan setiap yang dimiliki oleh seseorang bukanlah pemilikan yang mutlak, tetapi menjadi amanah yang terpaksa diserahkan kepada orang lain apabila tiba masanya. Penyerahan yang berlaku itu merupakan perkhidmatan dalam hubungan kemasyarakatan dan kehidupan yang memerlukan pergantungan antara satu dengan yang lain.

Apabila pergantungan itu diterjemahkan kepada perkhidmatan, bermakna setiap orang dipertanggungjawabkan untuk memberikan perkhidmatan kepada yang lain mengikut susunan dan kepentingan yang ditetapkandalam kehidupan bermasyarakat. Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas dalam hubungan manusia bermasyarakat merupakan penghayatan amanah yang besar ertinya dalam hidup dan penghayatan beragama. Msyarakat bermula dengan perhubungan dan komunikasi antara manusia. Perhubungan dan komunikasi yang membentuk keluarga, kelompok, unit-unit masyarakat dan seterusnya ummah, bangsa dan negara.

Penutup

Oleh yang demikian, setiap yang bergelar manusia harus mengetahui, memahami seterusnya mengamalkan segala bentuk amanah yang telah diberikan dengan sebaik-baiknya samada amanah terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri mahupun kepada masyarakat dan perkhidmatan kerana ia telah dipertanggungjawabkan, setiap tanggungjawab perlu dilunaskan agar tidak merosakkan penghidupan kita di dunia ini.

Kisah Dan Teladan

KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz adalah selah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatu malam ketika neliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya delam bilik istana, tiba-tiba salah seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang berhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkan lampu yang berada di atas mejanya, yang digunakan ketika bekerja pada malam itu. Puteranya merasa hairan lalu bertanya.

" Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawah cahaya lampu yang terang ?"

Khalidah Umar menjawab, " Benar katamu wahai anakkku, tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebantar tadi adalah kepunyaan Kerajaan, minyak yang digunakan itu dibeli dengan wang Kerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga "

Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain dari dalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:

" Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknya pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.

Saturday, December 5, 2015

Selamat tinggal dunia

Dunia yang dikejar takkan pernah sampai penghujung nya..
Dunia yang dicari tidak akan jumpa kesempurnaanya...
Dunia yang dijaga tidak pernah akan cukup...
Sesekali perlu juga berehat menghargai waktu dan ketika mana kita berada ....
Sesekali perlu belajar menerima dan juga bersyukur dengan apa yang ada....
Sesekali perlu juga lari dari kesibukan dunia dengan mencari ketenangan dan sedikit bekalan ..