Sunday, May 23, 2010

Buat pedoman bersama



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang
lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

cara untuk mencapai ketenangan jiwa


  1. Jangan lupa menunaikan ibadah
  2. memperbanyakan istiqfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Berzikir dan sentiasa ingat Allah
  5. Berbakti dan sentiasa ingat ibubapa disamping berdoa untuk mereka
  6. Berbuat baik dan sentiasa menolong orang
  7. Tunaikan hajat orang lain
  8. Banyakan selawat
  9. Banyak buat kebajikan
  10. Bangun awal
  11. Menjalin silatulrahim
  12. Selalu berwuduk
  13. Selalu bersedekah
  14. Solat tahajud
  15. Selalu berdoa
  16. Usaha dan Ikhtiar
  17. Tawakal kepada Allah

Wednesday, May 19, 2010

Permata


Engkau buah hati kami. Padamu tergantung masa depan kami. Dunia kami dan akhirat kami. Hilang letih dan lelah kami ketika melihat engkau beranjak dewasa tumbuh dengan akhlak mulia. Wahai anakku,… engkau hidup di penghujung zaman yang semakin banyak kerusakan dan fitnah yang menyambar setiap detik nafasmu. Jikalah tidak engkau bergantung pada Zat Yang Maha Kuat dan Kuasa pada siapa lagi engkau kan berlari.

Kami tidak perduli melihat para orang tua yang sibuk memilih dunia untuk belahan jiwa mereka. Yang berkorban dengan apa saja agar anak-anaknya berhasil meraih pangkat dan kedudukan di hati manusia. Yang bila mana kami lupa memanggil anaknya dengan nama biasa, maka mereka akan segera tergesa-gesa meralat,.. maaf anak kami adalah seorang dokter panggillah nama depannya dengan jabatannya.

Duhai penyejuk hati yang gundah,… kami menginginkan dunia hanya sebagai bekal untukmu menuju akhirat yang abadi. Karena itu kami tidak kecewa bila mendapati nilai C pada matematikamu atau fizikamu. Tetapi sungguh kami akan menangis dan berduka bila engkau lalai pada perintah Rabbmu.

Duhai penyejuk mata,…. di hari yang semakin mendekati kepunahan. Tak lelah kami mendidikmu dengan Al-Qur’an. Betapa engkau sangat kami inginkan menjadi penghafal dan pengamal Al Qur’an. Siang malam kami bersabar dan tak kecewa membetulkan bacaanmu yang yang tertatih-tatih dan terlupa dari satu ayat Al-Qur’an.
Demikian pula doa senantiasa kami panjatkan untuk kalian agar Allah memberi kemudahan.

Untukmu… bersabarlah di hari yang sulit ini. Sungguh engkau akan menikmati jerih payahmu
ketika dewasa nanti.Janganlah engkau lupakan kami dalam doamu .Semoga Allah di kemudian hari, memberi kelapangan pada kubur kami yang sempit nanti.

Cerita bersama dikampungku

Dahulunya masa kecik kecik dulu memang best...Ramai kawan kawan, macam macam cerita yang boleh dikongsi bersama, terutamanya masa sekolah rendah...banyak sangat kenangan masa dulu dulu..kadang kadang ada juga rasa rindu dan terbayang bayang masa aku bermain dengan kawan aku dahulu...antara permainan favourite tu seperti tuju selipar, tuju tin, polis sentri, lompat getah, gasing dan banyak lagi..masa dulu aku tak pernah fikir banyak sangat masalah macam sekarang ni, tak ada tanggungjawab, tak perlu bekerja dan tak banyak tekanan hidup..hmmm...tapi pun nak buat macam mana..itulah lumrah kejadian alam dan manusia..ada permulaan dan ada pula penghujungnya..dan inilah masa untuk aku bergerak ke peringkat seterusnya...mahu atau tidak itulah realitinya...
antara aktiviti yang disukai adalah mandi sungai..nama sungai tu `sungai batu` memang nama dia macam tu...mungkin banyak batu kot..tak jauh dari rumah, cuma 2 kilometer jer..dulu memang best...sambil mandi kitorang akan memancing sekali...huhuhu..itu dulu...sekarang tempat tu dah tak cantik lagi..lepas project menanam balik kelapa sawit...huuu...habis semua pokok getah ditebang...ingat ikan pun dah tak banyak lagi..
Walaupun masa tu dah lama berlalu tapi masih banyak kenangan yang aku ingat sampai sekarang..dan mungkin aku akan ceritakan balik untuk generasi aku yang akan datang..
sungguhpun masa dulu macam sekejap jer...tapi itu memang waktu yang amat mengembirakan aku sepanjang hidup..
tapi aku ada menyimpan hasrat untuk terus tinggal disana bila sudah tidak ada halangan nanti...sekalipun untuk disemadikan disana...

Sunday, May 16, 2010

Kesempurnaan

Bercakap tentang kesempurnaan, adakah kita sudah berada ditahap yang sudah cukup sempurna?
hampir menjadi sempurna? ataupun masih belum sempurna..apakah ada usaha kita untuk menuju kearah kesempurnaan itu?..masih merancangkah lagi..? ataupun sebenar nya kita tidak pernah membuat apa apa pun untuk berubah...dan sebenarnya mengharapkan sesuatu itu menjadi lebih baik tampa apa apa usaha...?
memang banyak sangat persoalan yang bermain didalam kepala ...mana satu kah

Monday, May 10, 2010

Sampai bilakah.......


sampai bilakah aku nak hidup seorang diri....? sampai bilakah aku nak lihat kebahagiaan orang disekeliling aku yang sudah berumahtangga..?adakah aku layak untuk semua itu...?
ataupun aku hanya perlu simpan sahaja angan-angan aku itu ataupun buang saja jauh-jauh dari
hidup aku.....
kadang kadang terasa susah sangat untuk memberi kepercayaan aku kepada orang lain....atau mungkin lansung tak percayakanya.....yelah nak kata aku ni deman sangat pun tak jugak...muka aku ni pun lansung tak hensem.....jadi kalo dapat yang takde rupa sangat pun jadilah...tapi tulah...
rasanya takkan ada perempuan yang akan terima aku sepenuh hatinya..kalau dapat pun nasib lah....tu pun akan belum tentu menjanjikan kebahagiaan....sebab mungkin masalah atau kekurangan hanya ada pada aku sahaja..........jadi tak payah lah nak fikir sangat....biar apa orang nak kata pun...kalau lah ada jodoh tu ada lah...kalau tak membujanglah sampai ke tua.......mungkin dah itulah benda yang dah tersurat...apa nak buat..kalau aku ni banyak duit mungkin jugak orang pandang....sebab itu salah satu jugak lah kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan dan keluarga mereka....
perkara yang sama juga untuk pekerjaan aku...rasanya aku dah patut berubah...tapi masih macam ini lagi.......hmmmm sedih jugak kalau boleh aku nak berniaga sendiri...tak kisahlah berniaga kecil kecilan pun tak apa.....tapi dengan tanggungjawab aku sekarang...terhadap
keluarga...rasnya memang amat berat bagi aku untuk membuat perubahan dalam masa terdekat.....
apa yang aku dapat buat adalah berdoa kepada allah setiap kali selepas solat agar permudahkan laluan untuk aku memulakan langkah pertama dalam merubah hidup dan kerjaya aku.......kerana aku ni pun bukan muda lagi...macam dulu...perlu untuk perubahan.....insyallah...

Tuesday, May 4, 2010

Petua mencuci hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.