Selama ni aku mencari apakah ertinya ‘menikmati’ dugaan Allah’… dan akhirnya.. dengan izin Allah aku kini sedang menikmati dugaan itu dan aku sangat bersyukur pd mu Ya Allah kerana diuji dengan cara sebegini..
Manusia diuji tuhan dengan pelbagai cara, ada yang diuji dengan kematian, kesakitan, kecacatan, kehilangan harta benda dan juga kehilangan orang yang tersayang…..
Dan ujian itu dibawa dengan pelbagai cara dan ada yang secara tidak langsung darinya, ada yang tuhan datang ujian itu daripada kawan sendiri, keluarga, mahupun orang yang disayangi…
Tetapi ujian adalah satu anugerah yang amat ternilai dalam hidup manusia.. dia adalah merupakan guru yang tidak bercakap dan memberi pengajaran yang yang tiada di mana-mana buku sekalipun…
Jika kita merasakan hari ini kita dibebani dan seribu duka, ingatklah ada orang disekeling kita lebih merasai pedih dengan ujian yang menimpa dirinya.
Anggaplah ujian yang mendatang itu adalah secebis daripada ratusan dan ribuan duka yang menimpa makhluk lain di muka bumi ini..