Thursday, July 28, 2011

ANDAI AKU SEORANG ROBOT



Jika aku seorang robot...nombor nombor adalah darahku
Jika aku seorang robot...besi logam dagingku
jika aku seorang robot...tenaga elektrik adalah nyawaku
Jika aku seorang robot...tidak perlu ada hati dan perasaan
jika aku seorang robot...tidak perlu ada kesedihan dan kegembiraan
jika aku seorang robot...tidak perlu ada arah dan matlamat tujuan
jika aku seorang robot...perlu bekerja 25jam sehari 8 hari seminggu
jika aku seorang robot...perlu memberi kesenangan kepada setiap manusia
jika aku seorang robot...perlu sempurnakan apa yang diarahkan
jika aku seorang robot...akan dibiar bila tidak digunakan
jika aku seorang robot...diganti dengan yang baru bila ada yg lebih baik
jika aku seorang robot...dibuang dan dihapuskan bila sudah lusuh dan tidak
berguna lagi

Saturday, June 18, 2011

seksa neraka

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya) Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di duniadan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tigajenis seksa di dalam kubur ialah:- 1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada. 2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti. 3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asarke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. CUAI SOLAT LIMA WAKTU Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnyaadalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnyasebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisaular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahunsehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh merekakembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. PEMINUM ARAK Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.
MENGKIANATI HARTA Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepada mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu. AZAB BAGI YANG KEDEKUT Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa. SAKSI BOHONG Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dn tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnyaselama-lamanya seksaan bagi mereka. MENGUMPAT Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut. Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa. Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya. Wallahua'lam.

Friday, June 10, 2011

mengapa Yahudi lebih Bijak..?

Apa yang saya tulis ini adalah info dari seorang blogger yang saya jumpa semasa melayari internet...jadi sama samalah kita mengkaji perkara yang boleh memberi kebaikan kepada kita..disamping mencari dimanakah salah dan silap kita selama ini yang membuat kita jauh ketinggalan....



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana , ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau takdapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantubeliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”
Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-ibu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan untuk perkembangan bayi mereka). Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat.
Secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapanalin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahulu sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin)Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetapi diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.
Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukansemalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.
Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Monday, May 30, 2011

DIMANAKAH KITA...?



Bilamana menghadapi saat-saat genting kebiasaannya manusia akan sentiasa menginsafkan diri sebabnya terkadang tidak mampu menghadapinya berseorangan. Maka siapa peneman setia di sisi? DIA-lah yang sentiasa berada di sisi selalunya. Cuma kita ini saja yang ‘sombong’ tidak bertempat dan tidak mengenal waktu. Padahal kita ini hanyalah hamba yang sangat kecil dan terlalu hina untuk menyombongkan diri kepada-NYA.

Mudah-mudahan di hadapan kita mempunyai jalan-jalan luas untuk menginsafkan diri lalu segera bertaubat dan meminta apa saja kerana DIA Maha Mendengar. Katalah dan merintihlah apa-apa juga kerana DIA Meha Mengetahui setiap niat kita dan mengadulah setiap apa yang kita rasakan kerana DIA Maha Menolong lagi Maha Mengasihani. Tapi kenapa masih ada di antara kita rasa menyombongkan diri, padahal jika diteliti kita ini cumalah tiada apa-apa. Dijadikan cuma dari setitis air mani yang tidak punya apa-apa nilai pun. Kalaulah kerana tidak kuasa Allah SWT yang memperalihkan setitik air mani itu sehingga akhirnya menjadi sempurna anggota tubuh badan, menjadi pandai dan bijak.

Apabila kita diuji dengan pelbagai dugaan, ketahuilah ianya adalah panggilan Allah untuk kita mendekatkan diri pada-NYA. Bagaimana bentuk ujian pun, ianya adalah hampir sama saja dalam tujuan kenapa kita diuji. Betapa beruntung sebenarnya kepada mereka yang diuji biarpun airmata jatuh membasahi pipi kerana kesusahan ujian itu. Allah memilih hamba-hamba NYA untuk diberi ujian kerana Allah lebih mengetahui keadaan hamba-NYA itu yang benar-benar terpilih, ini kerana Allah sayang kepadanya. Inilah yang dikatakan rahmat Allah yang terlalu luas tanpa kita sedari pun. Kerana rahmatillah inilah yang meningkatkan ketaqwaan dan nilai keimanan dalam diri hamba itu apabila menempuhi cabaran dalam ujian. Kesabaran yang tinggi juga mendapat ganjaran besar dari Allah SWT tanpa hisab.

Sesungguhnya apabila kita diuji dengan ujian yang berat, janganlah pernah lupa bahawa Allah Maha Pembuka (Al Fattah – The Opener) yakni; DIA pasti membuka jalan dan kebenaran dalam apa juga kesulitan dan kesukaran yang dihadapi setiap hamba-hamba NYA. Mereka yang terpilih diberi ujian adalah bukti kasih sayang Allah Yang Maha Penyayang terhadap hamba-hamba NYA yang beriman lagi bertaqwa.

Bayangkanlah, jika kita tidak pernah diuji dan tidak pernah menghadapi apa-apa masalah dan dugaan hidup; seolah-olah hati jauh dari Tuhan Rabbul ‘Alamin. Sangat membimbangkan jika hati sudah jauh dari mengingati Allah SWT hati pasti mati dari rasa mencambahkan rasa keimanan dan takut-takut pula tidak mengenal Tuhan selepas itu kerana sibuk dengan hal-hal duniawi mengejar kekayaan dan mungkin juga sibuk mengumpul harta demi nama, pangkat dan keluarga terhormat.


ARAH TUJU KEHIDUPAN SEBENAR
Hidup manusia di dunia adalah umpama seorang pengembara. Pengembara yang mempunyai niat dan tujuan hidup. Seorang pengembara yang berusaha demi kehidupan dunianya ataupun pengembara yang lebih mementingkan kehidupan akhiratnya yang kekal abadi nanti. Seorang pengembara harus tahu apa yang diniatkan dan apa yang perlu dilakukan selaras dengan niatnya itu tadi. Jika ianya berlandaskan dunia semata-mata maka Allah SWT telah menetapkan nasibnya di akhirat nanti dan begitulah sebaliknya.

Semoga kita adalah pengembara-pengembara dunia yang berusaha untuk mempersiapkan bekalan ke alam yang kedua nanti iaitu kehidupan abadi di akhirat sana. Semoga dengan titisan airmata taubat dan meminta keampunan dari Allah SWT menjadi saksi untuk mencapai kebahagiaan akhirat, Amin Ya Rabbal Alamin.

Semoga si kecil menjadi anak yang taat kepada ibu dan ayah kelak. Bilamana sudah dewasa menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu ayah, agama dan iman menjadi penghias diri menyembah Tuhan Yang Maha Esa.
Semoga si ayah menjadi tauladan kepada si isteri dan anak-anak. Kalau si ayah tidak bersekolah tinggi pun; namun jika keimanan dan ketaatan pada Allah melebihi segala-galanya sudah cukup untuk menjadi ayah yang sempurna hendaknya. Di waktu masuknya solat subuh, si ayah mengejutkan isteri dan anak-anaknya untuk menunaikan perintah Allah yang wajib ini.
Semoga si ibu kekal membelai anak-anaknya penuh kasih. Melayan suami penuh taat walau dalam keadaan apa sekalipun. Semoga ibu sabar dalam mengurus rumahtangga. Ibu yang selalu prihatin terhadap anak-anaknya; “Nak, sudah solat isya’?” Alangkah baiknya pertanyaan seperti ini untuk anak-anak yang kadang-kadang lalai ber-facebooking, blogging dan chatting.
Semoga si lelaki itu menjadi suami yang baik untuk isteri dan anak-anaknya kelak. Suami yang menjadi pelindung dan pemimpin keluarga berkat ilmu agamanya dan soleh dalam redha Tuhan demi melahirkan keluarga yang mencintai Allah SWT dan Rasul-NYA. Sistem kepimpinan suami dalam membimbing isteri dan anak-anak berlandaskan kitabul ‘Aziz Al Quran dan Sunnatun Nabi.
Semoga si wanita itu menjadi isteri yang solehah untuk suaminya yang dikasihi. Cinta sesama yang bercambah kerana cinta kepada Allah SWT semata-mata. Wanita itulah juga pelindung keaiban suami dan sentiasa menyokong suaminya dalam apa juga keadaan. Wanita itulah yang melahirkan zuriat dan pendidik anak-anak serta penajam fikiran suaminya.
“DIMANAKAH KITA?”

Si anak kecil itukah?

Si ibu itukah?

si ayah itukah?

a t a u

Si lelaki yang bakal menjadi suami itukah?

Si wanita yang bakal menjadi isteri itukah?


Jawapannya; semua sama sahaja tarafnya di sisi Allah SWT. Kesemua di atas adalah hamba-hamba Allah jua yang sama-sama menjadi pengembara di dunia yang mencari keredhaan Tuhan semesta alam dan berluma-lumba mendapatkan ganjaran pahala. Pengembara di dunia yang ingin sekali mencari kebahagiaan di akhirat nanti dengan balasan syurga.

Maka, kita sendiri tentukan dimanakah kita. Berusahalah.

|| Alhamdulillah ||

Sunday, May 29, 2011

Memperbaiki Diri






1. Jurnal harian
Pernahkah Anda bertanya-tanya kenapa dunia saat ini tahu begitu banyak tentang prestasi besar masa lalu? Benar, orang mengambil waktu untuk mempelajarinya, tapi banyak dari cerita-cerita dan detail yang kita tahu tentang mereka, hanya boleh datang dari diri mereka sendiri. Dan itu didapat dari jurnal. Cerita tentang mereka adalah terjemahan dari pikiran mereka pada kertas. Mereka terus menulis jurnal dan mencatat pengamatan mereka serta perasaan mereka. Bagi Anda, jurnal lebih dari peta perjalanan Anda. Ini membantu untuk mengklarifikasi pikiran, untuk berpikir lebih jelas dan untuk benar-benar melihat di mana pemikiran Anda mungkin tidak begitu baik. Anda kemudian ingin memperbaiki ketika Anda merakam sesuatu menjadi lebih dari pikiran sekilas saja. Besok, Anda akan melihat ke belakang dan melihat bagaimana Anda merasakan, dan Anda akan membandingkan dengan bagaimana Anda merasakan atau berpikir hari ini, seterusnya Anda dapat melanjutkan dan membuat penyesuaian.

2. Ibadah/Do’a
Ini adalah salah satu yang paling diabaikan oleh kebanyakan orang, tetapi menjadi yang paling penting dari 7 tips perbaikan diri. Beribadah, sembahyang, doa atau apapun namanya adalah cara terbaik dan paling efektif untuk mengurangi stres dan membersihkan sistem dalam diri Anda. Anda menyingkirkan pikiran sampah lalu Anda bersihkan dengan pemikiran yang jernih. Ini juga memiliki manfaat kesehatan langsung yang akan memperlambat detak jantung Anda dan meningkatkan pencernaan hanya dengan beribadah dengan khusyuk selama beberapa minit setiap hari. Anda akan tidur lebih baik dan lebih cepat sembuh dari kelelahan. Pada dasarnya, beribadah merupakan tiang dari 7 tips pengembangan diri – ini salah satu yang membuat semuanya lebih efektif. Dengan beribadah secara khusyuk, pikiran Anda akan tenang untuk memulai kembali kegiatan yang menghadang.

3. Mengharapkan untuk Menang
Dari 7 tips pengembangan diri, yang satu ini yang paling sukar untuk dijelaskan kerana beberapa orang sepertinya belum mendengarnya. Anda perlu mengubah pemikiran Anda sehingga Anda menyempurna diri Anda untuk mengharapkan hasil yang positif. Apakah kesuksesan itu selain dari apa yang Anda pikirkan? Bagaimana Anda boleh menjadi lebih baik dan bahagia jika setiap hasil yang Anda harapkan adalah negatif? Beberapa orang akan berdebat tentang ini, tetapi apakah mereka tidak menyadari bahwa bersama dengan pikiran positif mereka, banyak pikiran negatif yang mempengaruhi hasil.

Harapan tidak tentang hasil. Itu adalah tentang keberanian, tindakan yang benar dan mengetahui bahwa hasilnya akan menguntungkan Anda, tidak peduli apa yang akan Anda lakukan

4. Menulis Tujuan
Tujuan ditulis seperti peta. Kami menantang Anda untuk menuliskan tujuan kecil, sesuatu yang tidak penting dan untuk siapa hasilnya lalu menempelkannya di mana Anda dapat melihatnya setiap hari. Sebagai contoh yang paling mudah adalah dengan menulis di aplikasi Catatan di handphone Anda. Saat melihat tujuan Anda, Anda melihat rencana aktivitas yang akan, sedang dan sudah dikerjakan. Anda akan menemukan diri Anda mendorong ke tindakan untuk melakukan hal yang benar. Kembali melihat setelah 24 jam dan melihat seberapa jauh tujuan tertulis yang Anda lakukan.

Ketahuilah, bahwa setiap kali Anda melihat catatan tujuan Anda dan mencentang yang sudah Anda lakukan, dan kemudian menambahkan pada yang baru; Anda selalu keluar dengan pikiran yang lebih jelas.

5. Bulatkan Tekad Anda
Semua bidang kehidupan Anda berkontribusi pada perbaikan diri Anda. Hubungan Anda, kesehatan Anda, keuangan Anda, semua akan mempengaruhi jenis pertumbuhan pribadi Anda mencoba untuk mencapai hal yang diinginkan. Satu hal buruk boleh menyebabkan semua akan menjadi buruk. Bekerjalah untuk menjaga stamina fisik, ketabahan emosional, keamanan finansial dan dukungan baik untuk mencapai pertumbuhan pribadi.

6. Afirmasi Positif
Ini memiliki kekuatan untuk mengubah dialog batin Anda, dan itu alat yang kuat mengingat banyak ketidakpuasan dalam hidup kita disebabkan oleh dialog batin. Apa yang Anda katakan pada diri sendiri? Mulailah menuliskan afirmasi setiap hari di semua bidang utama hidup Anda dan latih keras dua kali sehari. Perbaikilah dialog bawah sadar positif Anda.

7. Mengajar untuk Belajar
Dari 7 tips pengembangan diri, yang satu ini adalah salah satu yang akan membantu Anda menguasai perbaikan diri yang paling baik. Anda belajar sesuatu yang lebih baik ketika Anda mengajarkannya. Ketika Anda mengajar, pikiran batin Anda akan terbuka sehingga Anda bisa mencerna dan mengirimkan informasi. Apapun yang Anda coba untuk ajarkan akan berada dalam pikiran Anda selamanya. Pengajaran juga merupakan cara melatih diri Anda bertanggung jawab. Ada standar tertentu yang diharapkan dari guru sehingga siswa dapat mengikuti langkah-langkah sang guru. Jika Anda tidak bisa mengajar, menulislah. Blog adalah salah satu media yang tepat untuk ini.

Thursday, May 19, 2011

syair Gus Dur yang menusuk hati (bahasa Jawa)



Astagfirullah robbal baroya…
Astagfirulloh minal khootooya…
Robbi zidni ‘ilmannaafii’a…
Wawaffikni ‘amalansoliha…

Yarosulalloh salammun’alaik…
Yaarofi’asaaniwaddaaroji…
‘atfatayaji rotall ‘aalami…
Yauhailaljuu diwaalkaromi…

Ngawiti ingsun nglarasa syi’iran
Kelawan muji maring pengeran
Kang paring rohmat lan kenikmatan
Rino wengine tanpo petungan 2X


aku mulai, merapalkan syair
…dengan memuji, kepada tuhan
yang telah memberikan rahmat dan kenikmatan
…siang dan malam, tanpa hitungan (2x)


Duh bolo konco priyo wanito
Ojo mung ngaji syare’at bloko
Gur pinter ndongeng nulis lan moco
Tembe mburine bakal sangsoro 2X


wahai teman-teman; pria, wanita
jangan hanya mengkaji syariat saja
hanya bisa mendongeng, menulis, dan membaca
pada akhirnya, akan sengsara (2x)


Akeh kang apal Qur’an haditse
Seneng ngafirke marang liyane
Kafire dewe dak digatekke
Yen isih kotor ati akale 2X


banyak yang hafal qur’an-hadits nya
suka mengkafirkan kepada lainnya
kafirnya diri sendiri tidak diperhatikan
kalau masih kotor hati dan akalnya (2x)


Gampang kabujuk nafsu angkoro
Ing pepaese gebyare ndunyo
Iri lan meri sugihe tonggo
Mulo atine peteng lan nistho 2X

mudah terbujuk nafsu angkara
dalam perhiasan gebyarnya dunia
iri dan dengki atas kekayaan tetangga
karena itulah hatinya gelap dan nista (2x


Ayo sedulur jo nglaleake
Wajibe ngaji sak pranatane
Nggo ngandelake iman tauhite
Baguse sangu mulyo matine 2X


mari saudara, jangan lupakan
kewajiban mengkaji di semua runtutannya
untuk menebalkan iman tauhidnya
bagusnya pesangon, mulya matinya (2x)


Kang aran soleh bagus atine
Kerono mapan seri ngelmune
Laku thoriqot lan ma’rifate
Ugo hakekot manjing rasane 2 X


yang disebut shaleh, bagus hatinya
karena telah mapan, ilmu sirri-nya (ilmu rahasia ketuhanan)
lelaku tarekat dan ma’rifatnya
juga hakekat telah merasuk rasanya (2x)

Alquran qodim wahyu minulyo
Tanpo ditulis biso diwoco
Iku wejangan guru waskito
Den tancepake ing jero dodo 2X

al-qur’an qadim, wahyu yang mulia
tanpa ditulis bisa dibaca
itu wejangan guru yang waskita (ma’rifat)
ditancapkan di dalam dada (2x)


Kumantil ati lan pikiran
Mrasuk ing badan kabeh jeroan
Mu’jizat rosul dadi pedoman
Minongko dalan manjing iman 2 X


menempel, hati dan pikiran
merasuk di badan, semua jeroan (badan bagian dalam)
mukjizat rasul menjadi pedoman
menjadi jalan masuknya iman (2x)


Kelawan Alloh kang moho suci
Kudu rangkulan rino lan wengi
Ditirakati diriyadohi
Dzikir lan suluk jo nganti lali 2X


terhadap Allah yang maha suci
harus berangkulan siang dan malam
ditirakati, diriyadhahi (bersusah-payah)
dzikir dan suluk (jalan menuju tuhan) jangan sampai terlupa (2x)


Uripe ayem rumongso aman
Dununge roso tondo yen iman
Sabar narimo najan pas pasan
Kabeh tinakdir saking pengeran 2X


hidupnya tenang, merasa aman
adanya rasa (aman), tanda kalau beriman
sabar, menerima, walaupun pas-pasan
semua itu ditakdirkan oleh tuhan (2x)


Kang anglakoni sakabehane
Allah kang ngangkat drajate
Senajan ashor toto dhohire
Ananging mulyo maqom drajate 2X


mari laksanakan, semuanya
Allah yang akan mengangkat derajatnya
meskipun terlihat rendah tata lahirnya
tapi (sebenarnya) mulia kedudukan derajatnya (2x)


Lamun prasto ing pungkasane
Ora kesasar roh lan sukmane
Den gadang Allah swargo manggone
Utuh mayite ugo ulese 2X


apabila meninggal, nanti diakhirnya
tidak kesasar roh dan sukmanya
di gadhang (sukai-angkat) oleh Allah, surgalah tempatnya
tetap utuh mayitnya, juga kafannya (2x)

Friday, April 22, 2011

Orang Jepun kekal berdisiplin walaupun ditimpa bencana






Umum kita tahu Jepun dilanda gempa bumi & tsunami. Akan tetapi aku respect dgn rakyat jepun yang kekal dgn disiplin - beratur dgn baik smasa mendapatkan stok makanan/keperluan. Aku rasa keadaan kwsn bencana di Jepun akan kembali pulih 100% dlm masa 1-2 tahun. Mungkin inilah antara ciri2 negara maju yang patut dijadikan contoh.

Tuesday, April 5, 2011

10 tanda hati mati....



1 Kita mengaku kenal Allah swt tetapi tidak menunaikan haknya..
2 Kita mengaku cintakan Rasullullah saw tetapi kita mengabaikan sunnah baginda..
3 Kita membaca al quran tetapi kita beramal dengan hukum hukum didalamnya
4 Kita memakan nikmat nikmat Allah tetapi tidak pernah mengsyukuri pemberiannya..
5 Kita mengakui syaitan musuh tetapi kita mengikutinya...
6 Kita mengakui adanya nikmat syurga tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkanya..
7 Kita mengakui adanya seksa neraka tetapi kita tidak berusaha untuk menjauhkanya..
8 Mengakui kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kitak bersedia untuknya..
9 Kita sibuk membuka keaiban orang lain tetapi kita lupa keaiban diri sendiri..
10 Kita menghantar dan menguburi jenazah tetapi kita tidak pernah mengambil iktibar daripanya..

Monday, April 4, 2011

BILA CINTA TIADA SESIAPA








Ini adalah sebuah kisah.Disuatu pulau yang kecil tinggalah CINTA,KEKAYAAN,KECANTIKAN,KESEDIHAN,KEGEMBIRAAN dan lain lain, mereka hidup berdampingan dengan baik...

Namun suatu masa..datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba tiba naik dan akan menenggelamkan pulau kecil itu. semua penghuni pulau cepat cepat berusaha untuk menyelamatkan diri. CINTA sangat bingung kerana dia tidak mempunyai perahu dan juga tidak dapat berenang..CINTA hanya berdiri ditepi pantai berseorangan cuba mencari pertolongan...sementara air semakin naik membasahai kaki CINTA..

Tidak lama kemudian cinta melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu. "KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolong aku...!" teriak CINTA!. Aduh!, maaf CINTA..! kata KEKAYAAN..perahuku telah penuh dengan harta bendaku, aku tidak dapat membawamu, nanti perahuku ini tenggelam. Lagipun tiada tempat lagi bagimu diperahu ini..lalu cepat cepat KEKAYAAN mengayuh perahu pergi meninggalkan CINTA terkapar kapar..

CINTA sedih sekali. namun dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya."KEGEMBIRAAN..tolong aku..! teriak cinta..namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tidak mendengar samasekali teriakan CINTA..

Air semakin membasahi CINTA hingga kepinggang..CINTA semakin panik..tidak lama kemudian berlalulah KECANTIKAN.."KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu..! teriak CINTA..!"wah CINTA! kamu basah dan kotor..aku tidak boleh membawamu...nanti kau akan mengotori perahuku yang indah ini.." sahut KECANTIKAN..lalu meninggalkan CINTA terkapai menghulurkan tanganya....

CINTA sedih sekali mendengarnya. ia mula menangis teresak esak...saat tiu berlalulah KESEDIHAN.."oh KESEDIHAN..! bawalah aku bersamamu..! kata CINTA".."maaf CINTA...! aku sedang sedih dan aku ingin hidup bersendirian saja.." kata KESEDIHAN...lalu mengayuh perahu pergi meninggalkan CINTA...

CINTA putus asa. ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya ...pada saat saat kritikal itulah tiba tiba terdengar suara memangggilnya..."CINTA..! mari cepat naik keperahuku.." CINTA menoleh kearah suara itu dan melihat seorang TUA dengan perahunya..cepat cepat CINTA naik keperahu itu tepat sebelum air menenggelamkanya....

Dipulau terdekat...orang TUA itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi...Disaat itu barulah CINTA sedar bahawa dia sama sekali tidak mengetahui siapakah sebenar yang menyelamatkanya itu....CINTA segera bertanyakan kepada seorang penduduk dipulau itu..siapakah sebenarnya orang TUA tersebut.."oh orang tua tadi...? dia adalah WAKTU.."..kata penduduk itu.."tapi mengapa ia menyelamatkan aku...? aku tidak mengenalnya...?bahkan teman teman yang mengenal akupun enggan menolongku..?" tanya CINTA dengan penuh hairan...sebab..? kata penduduk itu " hanya WAKTU sahaja tahu berapa nilai sesungguhnya CINTA itu..."

Friday, April 1, 2011

Tertewas...




Aku sering tertewas dengan bisikan syaitan...
apa yang aku hajat dan mahu untuk menjadi yang terbaik dan diredhai selalu sahaja musnah...
kecewa dengan setiap tindakan aku yang hanya mengikut telunjuk nafsu dan kehendak yang bukan lansung mendatangkan kebaikan...kadang kadang terfikir juga adakah aku sebenarnya yang mengawal segala tindakan atau sebenarnya hanya menjadi boneka dan telunjuk kepada hawa nafsu dan bisikan syaitan...
Kebanyakan apa yang aku rancang untuk melakukan kebaikan dan ibadah semuanya hilang seakan tiada kekuatan untuk melawan gelora dan sikap buruk didalam diri...
sampai bilakah aku berada dalam situasi begini...Ya allah berikanlah kekuatan kepada hambamu ini yang terlalu lemah...
keadaan seperti itu telah membuatkan aku tidak habis habis menyalahkan diri...
Sedarlah wahai diri...adanya aku disini bermakna adanya tanggungjawab bersama...selagi nyawa...selagi itulah perjuangan melawan keburukan didalam diri tidak akan habis...benarlah juga kata kata yang pernah aku dengar...jihad yang besar itu adalah jihad melawan syaitan dan nafsunya didalam diri...