Hidup ini adalah seperti mimpi semasa tidur sepertinya tiada hari esok... Setelah terjaga baru tersedar akan hakikat waktu dan masa adalah singkat ...
Seperti juga hidup ini setelah mati....baru tersedar betapa ruginya masa yang singkat itu tidak digunakan...
...Hargailah setiap detik masa yang akan datang, kini dan yang telah lepas agar kita tidak berada dalam kehilangan...
Tuesday, October 28, 2014
Hakikat hidup
Wednesday, October 22, 2014
Masih hujan...masih menunggu...masih terhenti...
Baru saja nak balik keluar dari parking...tup tup hujan terus lebat...jadinyer memang sangkut kat kedai mamak ler....huhuhu...duduk meja tepi sekali mengadap luar kedai memang dah temenung jauh....memang jauh menerawang kehujung dunia...sambil mendengar bunyi hujan yang jatuh kebumi memang menenangkan ...sambil hirup kopi panas...duduk menunggu dan terus memberi harapan yang hujan akan berhenti...tapi bilamana berada dalam keadaan itupun sebenarnya memang menyenangkan...macam tu la juga dengan hidup nih...memang sama harapan...masa depan...dan aku masih disini...tak tahu sampai bila akan begini...bila nak diteruskan...harapan masih tak nampak...bila terhenti seperti juga macam kita ni dah lama mati...bila nak pusing semula kebelakang sebenarnya dah tiada apa lagi yang tinggal...jadi biarlah seperti hujan nih...biar masa sahaja yang menentukan...lambat laun akan behenti juga...cuma yang tidak dapat dipastikan adalah hayat hidup ini ataupun harapan.....
Wednesday, August 13, 2014
Dihujung waktu
Sehingga hari ini...aku rasakan bagaikan masih tidak sempurna tanggungjawabku...
Sehingga hari ini juga bagaikan masih banyak perkara yang perlu aku tunaikan ...
Sesungguhnya aku berdoa kepadamu ya allah agar berikan lah jalan dan arah petunjuk yang lurus kepadamu...
Sesungguhnya aku manusia yang hina dan merasa amat malu utk meminta darimu sedangkan aku sentiasa lupa dan alpha dengan duniamu...seringkali tergelincir dari landasan yang benar....
....sememangnya masa buatku tidak lama lagi...disini...umpama embun dihujung daun. ..moga diampuni dosa ku ..
Saturday, August 2, 2014
Sanggupkah...
Andai syurga dunia yang sementara ini didambakan oleh kita maka tiada yang lebih layak buat kita adalah neraka disana nanti....kerana disana adalah berkekalan...wallahuallam...semoga kita semua selamat dari api neraka...
Thursday, July 17, 2014
Masih ada lagikah untuk hari esok
Masih ada masa lagikah untuk kita perbetul diri
Masih ada masa lagikah untuk kita mencari kekurangan
Masih ada masa lagikah untuk kita menghitung rasa
Masihkah juga kita akan bernafas
Masihkah kita redha dengan hari ini
Andai masih kita mampu untuk meniti hari esok
Biarlah ia menjadi lebih baik
Tiada satu pon sejarah yang lepas menjadi sesuatu yang lebih berguna jika kita tidak cuba merubah masa hadapan pada hari ini.............