Saturday, December 5, 2015

Selamat tinggal dunia

Dunia yang dikejar takkan pernah sampai penghujung nya..
Dunia yang dicari tidak akan jumpa kesempurnaanya...
Dunia yang dijaga tidak pernah akan cukup...
Sesekali perlu juga berehat menghargai waktu dan ketika mana kita berada ....
Sesekali perlu belajar menerima dan juga bersyukur dengan apa yang ada....
Sesekali perlu juga lari dari kesibukan dunia dengan mencari ketenangan dan sedikit bekalan ..

Monday, August 24, 2015

Berubah

Semusim ombak melanda memukul pantai...semusim juga pantai berubah.
Semusim banjir melanda menbawa isi..
Semusim juga muka bumi berubah.
Semusim ribut merentap corak susunan...semusim juga kedudukan corak nan berubah..
Semusim panjangnya masa yg lepas berlalu... namun masih panjang lagi masa mendatang...
Semusim kehidupan yg penuh saudara dan kawanan disekeliling....semusim juga mereka akan meninggalkan
Semusim kita hidup didunia ini ..tidak bermakna kita akan hidup selamanya..
Namun itula hakikatnya didunia ini kerana kita tidak selamanya begini...adakalanya kita perlu berubah...adakalanya kita terpaksa berubah...walaupun sebak didada namun kuatkan hati agar diberi peluang disana kelak untuk selamanya

Thursday, February 26, 2015

Terasa mahu pulang kezaman kanak kanak

Aku Baru habis solat Isya. Bila termenung teringat masa yang lepas terkenang Semasa semua adik beradik dan Ibubapa ku teringat juga arwah bapa ku panggilan aku kepadanya adalah abah teringin sangat hati ni nak Keluar kan panggilan tu .hati Rasa Betul betul rindu andai kami Semua Bersama Semula . Sekarang pun masing masing dan Besar dan Berkerjaya .Susah lagi nak jumpa Cuma yang tinggal emak dan adik Perempuan saya yang dah Berkahwin tinggal di kampung . terngiang ngiang Suara abah ditelinga aku macam baru rasanya dia pergi . Kalau dulu bila abah ke kedai je kami menangis nak Ikut . Dan bila dia balik ada keropok atau jajan yang belikan untuk kami . Masa dulu rumah kami belum ada elektrik yang ada cuma tv peti yang hitam putih Itupun pakai bateri tiap tiap minggu nak kena caj bateri kat kuala Krau . kiranya rumah kami ni kira advand Ia sebab ada tv . emak pula dah pakai dapur minyak tanah Hahaha .rumah orang lain masih lagi pakai dapur kayu . benda yang paling aku teringin masa tu adalah basikal Yelah ramai yang dah pakai aku belum ada. Keluarga kami bukan Orang senang . datang pun dari orang susah ingat masa darjah 3 baru aku dapat basikal itupun kena berkongsi dengan adik . Walaupun kami miskin aku rasa sangat bahagia pada masa tu ada ramai kawan dan teman . Cuma Sekarang lebih terasa keseorangan . mungkin tiada Peneman . tapi aku berharap andai suatu hari nanti akan dapat membina sebuah keluarga walaupun Zaman sekarang ni Memang zaman yang mencabar dan banyak dugaan . tapi harapan tu memang ada lagi lagi keluarga yang dibina tu membawa hingga kesyurga ' Insyaallah . harap agar allah kuatkan hatiku dari bisikan syaitan supaya dapat aku berdoa keatas kedua Orang tuaku .... agar ada harapan disana . ...

Saturday, February 21, 2015

Edaran masa

" Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan,
alirkan menujah batu
melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghayut usia
sejalan nafas melangkah ke hujung"

Saturday, January 31, 2015

hari hari terakhir di hotel Berjaya Times Square

hari ini Sudah Genap 2 tahun Setengah Saya Berkhidmat di Times Square. Banyak Suka duka. Masa dan kenangan dalam hidup Selama Saya disana . Bermula dari Zaman chef Ghouse dan sampai lah Sekarang dan Semalam ( 30 , 01 , 2015 ) adalah hari terakhir Saya Setelah notis diberikan ,Teringat juga masa awal awal dulu masa mula masuk pada awal nya memang Terkejut Sebab kitchen dia memang Kecil .
Rasa Macam nak lari malam Pun ada juga masa tu kenal dengan kak siti,amir,adibah,ayu, rahmat stephen dan najib....mana mana nama kat atas pon semua dah takder lagi kecuali amir..
Sekarang pun dah banyak bertukar orang...sekarang ada daya ,andy, faz, kelly,amir ,nan dan wan....
Kenangan masa susah...kenangan masa waktu bulan puasa. Waktu function besar besar sampaila function outsite catering di martrade sebab memang hotel xpernah ada buat outsite catering sebelum nih...tapi memang happy...rasa amat berterima kasih dengan staff staff pastry yang banyak memberi kerja sama dan membantu saya selama saya disana.....

Saturday, January 17, 2015

menguasai diri

kadang kala aku MaCam tak Berapa faham dengan nafsu diri .... Betullah memang Bukan senang dan mudah untuk kita kuasai nafsu Kita apa yang Boleh Untuk kita Buat Cuma adalah mengawal nafsu dan ianya Bukan mudah bagai dikata... Memang terlalu Berat dan Besar -... kadang kaLa Juga Kita akan kecundang dan menyesal dan Pada kala Itulah Kita terus menerus menyalahkan diri dan Bila Leka Sedikit Kita akan kecundang Lagi .. -.Betullah kata Ulamak Bahawa jihad yang Pertama sekali adalah menguasai nafsu dan Ianya yang Paling Besar dalam hidup Kita ....