Aku Baru habis solat Isya. Bila termenung teringat masa yang lepas terkenang Semasa semua adik beradik dan Ibubapa ku teringat juga arwah bapa ku panggilan aku kepadanya adalah abah teringin sangat hati ni nak Keluar kan panggilan tu .hati Rasa Betul betul rindu andai kami Semua Bersama Semula . Sekarang pun masing masing dan Besar dan Berkerjaya .Susah lagi nak jumpa Cuma yang tinggal emak dan adik Perempuan saya yang dah Berkahwin tinggal di kampung . terngiang ngiang Suara abah ditelinga aku macam baru rasanya dia pergi . Kalau dulu bila abah ke kedai je kami menangis nak Ikut . Dan bila dia balik ada keropok atau jajan yang belikan untuk kami . Masa dulu rumah kami belum ada elektrik yang ada cuma tv peti yang hitam putih Itupun pakai bateri tiap tiap minggu nak kena caj bateri kat kuala Krau . kiranya rumah kami ni kira advand Ia sebab ada tv . emak pula dah pakai dapur minyak tanah Hahaha .rumah orang lain masih lagi pakai dapur kayu . benda yang paling aku teringin masa tu adalah basikal Yelah ramai yang dah pakai aku belum ada. Keluarga kami bukan Orang senang . datang pun dari orang susah ingat masa darjah 3 baru aku dapat basikal itupun kena berkongsi dengan adik . Walaupun kami miskin aku rasa sangat bahagia pada masa tu ada ramai kawan dan teman . Cuma Sekarang lebih terasa keseorangan . mungkin tiada Peneman . tapi aku berharap andai suatu hari nanti akan dapat membina sebuah keluarga walaupun Zaman sekarang ni Memang zaman yang mencabar dan banyak dugaan . tapi harapan tu memang ada lagi lagi keluarga yang dibina tu membawa hingga kesyurga ' Insyaallah . harap agar allah kuatkan hatiku dari bisikan syaitan supaya dapat aku berdoa keatas kedua Orang tuaku .... agar ada harapan disana . ...