![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCnmhY4CUiP3DXPM2i9nQGOyIihvq5vLZPg2WOlCE_f6JGGWaJDJ_HM_tNvkD9xh19C0VLEZ0jebzb78R882oC7xnfWBCXeryZtlUjX2y3J_mRYcCw5tmBivZyS3lTb_kZx9hSOMeg0Gh8/s200/DSC02819.JPG)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhcqEK3Q8IHNhlEtE2CZOxuAVd5k43fNlRzlp2ku4l53-PF3rm92ls91e4ndOG-aS3IMVk9n49kM9gJuoSnfzFP_5L6HaNmTwtikeiy23aepwX3hp0oifgp61bnkxj61Qim24FJJvUVzKWo/s200/DSC02821.JPG)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxtfVn4U-6lMWT73Rbfiz5rdvzQpoH6ts1aItDtZhJRC8oGlpP_p4a8gENIiYhhDyD0Q6oD6j2zLi8v4POf2NOJrANiCjJY8FTnUeS1QWstql5iaQoIImOWnIYzjsDa3tTrLoIPFRMph2p/s200/DSC02818.JPG)
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
2010/07/08
RAWANG: “Hanya laungan azan dapat saya lakukan sebaik bumbung kedai saya melayang
ke langit akibat angin kencang,” kata mangsa, Mohamad Ismail, 58, menceritakan kejadian angin
kencang yang melanda kedai makannya di Batu 23, Batu Arang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian angin kencang diikuti hujan lebat kira-kira jam 2 petang itu,
puluhan rumah di Jalan Batu Arang mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung.
Mangsa yang ditemui berkata, ketika kejadian dia dan isteri, Kamaliah Ismail, 54, sedang sibuk
melayan pelanggan di kedai makannya yang terletak di hadapan rumah.
“Saya bagaimanapun tergamam apabila angin berkabus putih tiba-tiba datang menderu
dari hadapan kedai menyebabkan saya dan isteri terpaksa berpaut pada almari kaca
yang menempatkan lauk-pauk.
“Angin kuat diselangi bunyi umpama puting beliung itu menyebabkan bumbung kedai
dan rumah saya bergegar kuat seolah-olah ditarik dari atas,” katanya.
Menurutnya, kejadian cemas selama lima minit itu menyebabkan dia hanya mampu
melaungkan azan sambil berdoa agar dia dan isteri tidak mengalami malapetaka lebih dahsyat.
“Selang beberapa saat kemudian bunyi kuat disusuli angin berputar menyebabkan
separuh daripada bumbung kedai saya terangkat sebelum berterbangan di udara.
“Malah semua perkakas dan periuk di dapur rumah saya melambung ke udara.
Air hujan pula melimpah masuk melalui bahagian bumbung yang diterbangkan
angin berkenaan,” katanya.
Menurutnya, sebaik ribut berkenaan reda, dia mendapati puluhan kedai yang berada
berhampirannya turut rosak.
“Ini adalah kejadian pertama kali berlaku sejak saya tinggal di sini hampir 20 tahun.
Buat masa ini, saya terpaksa membersihkan kedai dan rumah sebelum
perniagaan boleh dijalankan semula,” katanya.
diterbangkan angin yang datang bergulung-gulung,” katanya.
Pada masa sama, Penghulu Rawang 2, Ahmad Nazri Ibrahim, 39, yang melawat kawasan kejadian berkata,
bencana alam terbabit turut menyebabkan beberapa rumah di Bandar Country Home,
Kundang dan Batu Arang rosak terutama membabitkan bahagian bumbung.
diterbangkan angin yang datang bergulung-gulung,” katanya.
Pada masa sama, Penghulu Rawang 2, Ahmad Nazri Ibrahim, 39, yang melawat kawasan kejadian berkata,
bencana alam terbabit turut menyebabkan beberapa rumah di Bandar Country Home,
Kundang dan Batu Arang rosak terutama membabitkan bahagian bumbung.
Menurutnya, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Daerah Gombak bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa yang memerlukan.
“Sekurang-kurangnya 20 kedai membabitkan kedai membaiki kenderaan, perabut, kilang
dan kedai alat ganti mengalami kerosakan akibat kejadian ribut berkenaan,” katanya.
Keratan Akhbar metro ...
Aku ada ditempat kejadian pada masa tu...macam biasa aku menungang motor untuk pulang kerumah dari KL memang sepanjang jalan dari Damansara height sampai ke kerumah memang hujan tak henti henti...tapi yang peliknya bila lepas jer dari traffic light bandar country homes aku rasa hujan makin lebat dan kuat..tapi aku rasa tak kisah pun memang main redah jer...tapi lepas 200 meter dari situ tiba tiba angin betul kuat sampaikan aku tak nampak apapun kat depan..macam paper kat atas cakap angin yang berkabus..memang kuat. aku pun mula panik jugak pasal motor aku macam dah kena tolak kat sebelah jalan. sampaikan aku nak tengok meter motor pun tak nampak...dalam keadaan angin kuat tu menolak aku ter paksa sengetkan motor kekiri sebab memang rasa macam motor ni dah nak terbang dah..dan tak sengaja aku sebenarnya dah turunkan kedua dua kaki aku kebawah untuk menolak motor naik naik aku sampai gak kat area kedai berhampiran..untuk mendapatkan perlindungan...peh memang kecoh...diaorang pun sampai keluar dari kedai tu...macam barang terbang masa tuh..ada yang jatuh atas jalan ter masuk khemah carwash dan zink yang melayang layang dan berselarak atas jalan ,lebih menakutkan bila aku nampak tiang tiang elektrik dan wayarnya berhayun hayun dek kerana angin tu..pokok pokok jangan ceritalah memang habis patah dibuatnya...
aku dapat rasakan air hujan tersebut memang sejuk..mengigil jugaklah aku...yang kelakarnya masa aku dok kat koridor kedai tu...tiba tiba jer sign board besar atas kedai tuh tercabut ditiup angin dan jatuh plak betul betul depan aku...angin tu jadi dalam masa 30 minit jer...pastu hujan balik macam biasa...masa aku masuk kejalan banda tasik puteri..memang jem habis semua pokok patah atas jalan. jadi pengajaranya adalah Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara termasuk juga yang mustahil bagi kita..bayangkan jika angin tersebut berlaku sampai satu hari dan bukanya 30 minit sahaja..hmmmm tak ada yang tinggal lah jawabnya...ada hikmah disebalik dugaan yang telah aku terima dikali ini...diharapkan peristiwa tersebut menjadi pedoman untuk aku...terima kasih Ya Allah