Wednesday, July 21, 2010

Erti Cinta dan menyayangi..



Seringkali kita mendengar kejadian bunuh diri..membunuh kekasihnya..hilang kewarasan dan menjadi gila..bertindak diluar batasan..menghadapi tekanan perasaan..sukar untuk menerima takdir dan ketentuan serta menyalahkannya…hidup tidak keruan…tersasar jauh dari landasan hidup yang sepatutnya..
Memang benar setiap orang selalu mengharapkan yang terbaik buat dirinya tetapi langit tidaklah selalunya cerah…hidup manusia pun macam putaran roda…sesekali kita berada diatas tapi jangan lah pula kita lupa akan sampai masanya kita akan berada dibawah..oleh itu kita perlu juga beringat sentiasa…
Setiap orang disekeliling kita mahupun diri kita sendiri telah dikurniakan naluri cinta dan perasaan sayang ,menyayangi dan disayangi..dengan perasaan ini jugalah manusia dijadikan Allah untuk hidup saling memerlukan diantara lain…baik untuk pasangan kekasih..suami isteri..adik beradik..seluruh keluarga dan juga diantara rakan rakan..
Akan tetai disini Definasi cinta dan sayang menyayangi perlulah berlandaskan diatas garis panduan yang sepatutnya…diatas garis panduan agama..nilai nilai moral..keperluan atau nafsu semata mata..atas dasar tanggungjawab dan sikap menerima kebenaran sekalipun ia adalah amat pahit untuk ditelan…dan percayalah kerana didunia ini memang tempat manusia sentiasa diuji..dan disini dan ketika ini hanyalah cekal dan tabah sahaja yang menjadi rakan mereka…samada mereka ini akan Berjaya keatas permukaan atau terus tenggelam jauh didasar laut
Ada Seseorang itu yang amat menyayangi bunga yang mekar didalam pasu..kerana terlalu taksub untuk memegang dan mencium bunga itu lalu dia memetik dan membawa untuk tidur sekali..akibatnyanya keesokan hari bunga itu telahpun layu dan mati…Disini apa yang perlu untuk dia menyayangi bunga itu adalah perlunya dia menyiram, membaja, membersih pokok itu dan mengembur tanah pokok tersebut agar bunga bunga yang disayang itu terus mekar dan berbunga bunga..
Secara ringkasnya jika kita menyayangi seseorang itu..apa yang perlu adalah kita buat apa yang terbaik untuknya…sekalipun jika orang itu adalah orang kita cintai tetapi tidak dibalas adalah menjadi tanggunjawab kita untuk memberi yang terbaik untuknya dan hormati keputusanya…kerana jika kita menyayangi dan menyintainya tidak semestinya perlu untuk kita memilikinya…kerana itulah ketentuanya dan terimalah dengan rela hati…Dan ini termasuk juga jika seseorang itu telah mempunyai isteri dan anak anak apa yang perlu untuknya lakukan yang terbaik buat keluarganya…sayangi anaknya sama dengan mendidik anaknya menjadi orang yang berguna kelak dan bukanya memanjakan…
Akhir kata cinta dan perasaan sayang perlu hadir bersama tanggungjawab dan bukanya diatas dasar nafsu semata mata…kerana kelak ia akan memakan diri

No comments:

Post a Comment