...Hargailah setiap detik masa yang akan datang, kini dan yang telah lepas agar kita tidak berada dalam kehilangan...
Friday, August 20, 2010
Hargailah orang tua anda
Sering sahaja kita mendengar ada orang berungut disekeliling kita dengan berkata kalaulah aku mempunyai ini atau mendapat itu ataupun berada ditahap yang lebih baik tidaklah aku jadi begini…
Persoalanya adakah terlalu teruk sangatkah nasib kita itu..?
Sebenarnya jika kita mengatakan nasib kita ini malang… ada yang lebih malang lagi…dan jadi berfikirlah kita dimanakah kita patut meletakan diri kita ini..
Sekurang kurangnya kita masih mempunyai orang tua kita…dari kecil lagi kita telah dicurahkan sepenuh kasih sayang dari orang tua kita dan dimanakah malangnya itu…?
Ingatlah kita kerana diluar sana masih ramai anak anak yatim piatu yang tidak mempunyai ibubapa..dan lebih malang mereka tidak mendapat perhatian kasih sayang seperti kanak kanak lain…
Setelah apa yang telah dicurahkan dari ibubapa. tanggungjawab kita pula untuk membalas budi mereka setelah mereka tua dan tidak berdaya kelak…
Ingatlah bahawa jiwa kita akan merasa tenang dan bahagia setelah kita mengisi kekosongan hidup ibubapa kita di waktu senja mereka…dan jika setelah mereka telah pergi kita akan merasa aman dan redha dengan ketentuan ilahi setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap mereka dengan penuh rasa keihklasan dan penuh kasih terhadap mereka ..
Percayalah bahawa kebahagiaan hidup dalam mencapai tahap yang lebih baik adalah bukan bersandarkan kepada keperluan materialistic semata mata…kerana ia berada didalam hati kita..

Friday, August 13, 2010
sebak dan pilu bila membaca berita ini
'Adik mengucap banyak-banyak'
Oleh Ravale Savarinathan
2010/08/12
BAGAN DATOH: “Adik (Mohamad Hafizin Basiran) mengucap banyak-banyak, ibu minta maaf, tak terdaya lagi nak tolong adik. Ibu sayangkan adik tapi ibu tak mampu nak buat apa-apa lagi...ibu minta maaf.” Begitu rintihan hiba Rawiyah Zurmutih, 59, di telinga anak bongsunya itu beberapa minit sebelum mangsa meninggal dunia, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, Mohamad Hafizin, 20, meninggal dunia selepas traktor membawa muatan kelapa sawit yang dipandunya terbalik ke dalam parit lalu menghempap mangsa di rizab Jalan Parit Enam, Kampung Sungai Pergam, dekat sini.
Lebih menyayat hati, mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika berada di pangkuan ibunya yang gagal menarik keluar mangsa dari bawah traktor terbabit.
“Saya masih terbayangkan wajah adik pada saat-saat akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Sebelum kejadian, saya dan suami serta arwah keluar dari rumah seperti biasa kira-kira jam 8.30 pagi semalam (kelmarin) untuk ke kebun sawit bagi mengait buah dengan arwah memandu traktor.
“Kira-kira jam 12 tengah hari, tayar belakang traktor dipandu arwah tenggelam kerana membawa muatan berlebihan menyebabkannya tersangkut. Suami (Basiran Mat Tamin, 73) memutuskan pulang ke rumah di Kampung Sungai Pergam tidak jauh dari kebun untuk mengambil besi umpil selepas melihat arwah masih gagal mengeluarkan traktor itu biarpun beberapa kali mencuba.
“Namun, tindakan arwah yang terus mencuba menyebabkan traktor itu hilang imbangan sebelum terbalik ke dalam parit dan menghempap arwah dari bahagian dada hingga kaki,” kata Rawiyah sebak.
Menurutnya, sebaik melihat kejadian itu, dia berlari ke arah arwah yang masih bernyawa ketika itu dan cuba menariknya keluar dari bawah traktor, tetapi gagal kerana terlalu berat.
“Saya berhempas-pulas cuba mengangkat traktor dan menarik arwah keluar, namun sebaik melihat muka adik semakin kebiruan dan mulut mula berbuih, ketika itu saya menyedari tiada apa lagi mampu dilakukan kerana dia sedang nazak.
“Saya terus mengajarnya mengucap dan dia sempat melafaznya. Saya juga meminta maaf kepadanya kerana tidak terdaya menyelamatkannya. Beberapa saat kemudian, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Saya kemudian meninggalkan arwah dan menunggang basikal untuk pergi mendapatkan bantuan penduduk kampung.
“Separuh perjalanan, saya bertembung dengan suami dan dalam keadaan sebak, memberitahunya adik sudah tiada dan memintanya mendapatkan bantuan orang kampung,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anak bongsu daripada enam beradik itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pergam kira-kira jam 2 petang semalam.
Sementara itu, Basiran berkata, dua hari sebelum kejadian, arwah tiba-tiba meminta dia membina sebuah rumah kecil untuknya.
“Hanya arwah yang masih tinggal bersama kami manakala lima lagi anak tinggal di luar. Pada mulanya saya tidak faham apa maksud arwah yang meminta saya membina rumah kecil untuknya.
“Selepas kejadian menimpanya, saya anggap ia petanda arwah mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Yang pasti, Ramadan kali ini akan disambut secara sederhana dan sudah hilang meriah tanpa kehadiran arwah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang teruk.
Dipetik dari harian metro

Subscribe to:
Posts (Atom)