Friday, August 20, 2010

Hargailah orang tua anda

Sering sahaja kita mendengar ada orang berungut disekeliling kita dengan berkata kalaulah aku mempunyai ini atau mendapat itu ataupun berada ditahap yang lebih baik tidaklah aku jadi begini…
Persoalanya adakah terlalu teruk sangatkah nasib kita itu..?
Sebenarnya jika kita mengatakan nasib kita ini malang… ada yang lebih malang lagi…dan jadi berfikirlah kita dimanakah kita patut meletakan diri kita ini..
Sekurang kurangnya kita masih mempunyai orang tua kita…dari kecil lagi kita telah dicurahkan sepenuh kasih sayang dari orang tua kita dan dimanakah malangnya itu…?
Ingatlah kita kerana diluar sana masih ramai anak anak yatim piatu yang tidak mempunyai ibubapa..dan lebih malang mereka tidak mendapat perhatian kasih sayang seperti kanak kanak lain…
Setelah apa yang telah dicurahkan dari ibubapa. tanggungjawab kita pula untuk membalas budi mereka setelah mereka tua dan tidak berdaya kelak…
Ingatlah bahawa jiwa kita akan merasa tenang dan bahagia setelah kita mengisi kekosongan hidup ibubapa kita di waktu senja mereka…dan jika setelah mereka telah pergi kita akan merasa aman dan redha dengan ketentuan ilahi setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap mereka dengan penuh rasa keihklasan dan penuh kasih terhadap mereka ..
Percayalah bahawa kebahagiaan hidup dalam mencapai tahap yang lebih baik adalah bukan bersandarkan kepada keperluan materialistic semata mata…kerana ia berada didalam hati kita..

No comments:

Post a Comment