Andai aku mampu menyinari alam ini dengan cahaya warna kebahagian akan kulaksanakan sekalipun tergadai nyawa demi umat manusia sejagat..akan tetapi aku hanyalah insan kerdil yang hanya mampu memberi cahaya kepada ruang yang amat terhad..akan tetapi jika setiap insan didunia ini menyinari pada setiap ruang yang terhad itu maka bersinar lah setiap ruang di alam ini bersulam cahaya warna warni kehidupan...
Andai aku mampu untuk hidup seribu tahun akan kugunakan waktu itu untuk menyeru seluruh umat manusia agar melakukan kebaikan hingga kehujung zaman...akan tetapi aku hanyalah insan kerdil yang hanya mampu hidup sebentar sahaja didunia..akan tetapi jika setiap generasi berilmu akan mewariskan kebaikan akhlak mereka maka umat manusia akan terpelihara sepanjang zaman..
Andai aku mampu memutarkan kembali waktu waktu yang telah lepas..tidak ada satu waktupun digunakan untuk keburukan..akan tetapi aku hanya insan kerdil yang tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...akan tetapi jika setiap kesalahan dan kesilapan itu telah pun disesali sepenuh hati beserta dengan taubat yang paling dalam..maka tidak perlulah ia meratapi lagi akan gerimis yang telah lepas..hadapilah waktu waktu yang akan datang dengan
lebih bermakna..
Andai aku mampu membawa orang tua ku ketahap yang lebih tinggi bagi membahagiakannya akan ku pikulnya keatas sekalipun aku rebah kebawah..akan tetapi aku hanyalah insan kerdil
yang sentiasa ditekan dengan permasalahan pilihan dan keputusan..akan tetapi setiap pilihan dan keputusan yang dibuat atas dasar istiqorah maka..kebahagiaan yang aku kecapi diatas keberkatan orang tu aku adalah kebahagiaan yang amat bermakna sekali buat mereka..
No comments:
Post a Comment