Tuesday, April 20, 2010

Papa kedana


hmmm...itulah yang saya nak katakan....
manusia hidup didunia ini ada bermacam macam ragam...

akan tetapi jika diberikan kuasa maka akan lupalah seseorang tu akan dirinya..
tak kiralah kuasa pangkat ataupun kuasa duit...memang manusia ni cepat mudah lupa

jika orang kaya dia akan mendabik dada dan mengatakan setiap kekayaan yang diperolehi adalah hasil daripada usahanya, tetapi dia sudah lupa setiap rezeki itu datang dari allah..jika tidak dari belas ehsannya orang kaya tersebut tidak akan dapat kekayaan itu, janagan katakan hartanya sahaja bahkan segala galanya kita ini hanya hidup diatas belas ehsannya..sehinggakan nyawa kita ini pun adalah miliknya...jadi fikir fikirkanlah..Apa? yang kita milik didunia ini?..jawapannya tidak ada satupun...yang sebenarnya kita ini hanyalah papa kedana...
Itupun masih ada yang takbur dalam berkata kata...

terutamanya mereka yang berpangkat...
walaupun tidak semuanya tetapi kebanyakan adalah sama..yang berfikiran mereka dapat mengubah dan memanupulasikan sekelompok manusia mengikut kemahuanya..jika yang dilakukan itu adalah baik maka itu adalah lebih baik..jika yang dibuat itu umpama yang berada diatas itu berjalan dan memijak kepala yang berada dibawah..itulah adalah hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.....

Macam mana yeee...

Jika yang sepatutnya orang yang kaya dan berharta itu perlulah membelanjakan setiap kekayaannya itu kearah kesejahteraan dan pembentukan umat manusia..menjadikan setiap manusia
itu berpotensi dalam mengubah manusia manusia lain dan akan datang.. kearah yang lebih baik..

Jika yang sepatutnya orang yang berpangkat itu perlulah menggunakan pengaruhnya bagi
menyeru orang disekelilingnya berubah kepada keadaan yang lebih baik..kerana orang yang dipandang tinggi itu sentiasa menjadi model dan ikutan didalam sekelompok manusia tersebut...

Dan sentiasa ingat jika bukan kerana belas ehsan dari Allah kita tidak akan berada disini..kerana kita hanyalah papa kedana..

No comments:

Post a Comment