![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgmZb-wq2nNZmcG6gjfyTIPRfzIF-KJJ-vJ9Qg_QBMhsONohygoPFykPKXFK3M93w39whiWCINQ4p46nH-gt-a6y1WZcfMjRXP2molNULyj-G0YoLsuHlcuMKjR36tJu5B3UrztfUDHvP5/s320/870436Child-Flying-a-Kite-at-Sunset.jpg)
Kejadian manusia....
dari setitik air mani, maka terbentuklah segumpal darah, daging dan tulang. Disitulah jasad manusia dijadikan sempurna sehinggalah dihembuskan roh kedalam jasad tersebut. Lembaga yg terbentuk itu dikandungkan didalam perut seorang wanita selama 9 bulan...
Ketika Bayi...
Apabila ia dilahirkan kedunia, ia telah disambut dgn senyuman oleh kedua ibubapanya sebagai tanda kesyukuran. Disitu bayi tersebut akan di Azankan atau di Iqamatkan ditepi telinga bayi tersebut sebagai tanda mengislamkannya. Dan pasti bayi tersebut sangat sangat disayangi oleh ibu yang melahirkanya dan Bapanya sebagai tempat bergantung dan berteduh. Begitulah besarnya pengorbanan yang dibuat oleh Ibubapanya. Bayi ibarat kain putih yang akan dicorak mengikut kemahuan ibubapanya, jka putih warna yang dicalit maka putihlah akhirnya nanti dan jika hitam yang dicalit maka tempanglah perjalanan hidupnya nanti. pengorbanan ibu untuk menjaga bayi tersebut amatlah besar, sanggup bersengkang mata ditengah malam, membersihkan najisnya, menyusukanya dan mengendong ia disisi ketika ia dahagakan kasih sayang dan perhatian.
Ketika kanak kanak...
Disinilah ia bermula untuk mempelajari sesuatu yang baru dan yang belum pernah ia berjumpa sebelum ini, sebelum kejadianya. Jika buruk yang dipelajari ia makaburuk jugalah masyarakat manusia akan datang dan jika baikperkara yang dipelajarinya maka cemerlang dan diberkati jugalah masyarakat akan datang nanti. Disinilah tanggungjawab Ibubapanya untuk memimpin tangan anak anak kecil ini agar terus kuat semangatnya dan berada dijalan yang lurus. Dunia kanak kanak jugalah merupakan zaman yang penuh dgn kegembiraan dan warna warna kehidupannya adalah cerah..
Ketika remaja...
Proses dimana mereka akan menuju kearah kedewasaan dan kematangan. mereka dalah remaja yang bakal mewarisi kita dimasa akan datang. ketika ini remaja yang cemerlang akan terhasil apabila ilmu ilmu dunia yang dicari untuk pembangunan umat manusia adalah dan sepatutnya berlandaskan juga kepada ilmu ilmu agama . Dan ini adalah penting supaya islam akan menjadi pendinding kepada jiwa mereka, hati mereka tidak akan dicemari oleh pengaruh yang tidak baik.
Kedewasaan....
Seperti juga anak anak burung, dimana bila sampai ketika dan waktunya ia akan dilepaskan untuk terbang bebas di angkasa .Dan ketika dewasa inilahmereka akan diuji dengan pelbagai perkara, masalah dan dilema yang hanya kepada mereka yang sudah berbekalkan ilmu ilmu dunia dan ilmu ilmu agama sahaja yang mampu untuk terbang lebih tinggi taktala menghadapi cabaran demi cabaran. `setiap manusia dijadikan berpasang pasangan` dalam ketika itu mereka akan dikurniakan pendamping yang berdiri dibelakangnya..iaitu jodoh yang telah ditentukan Allah untuknya. Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta kerana Allah akan sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat daripadanya hingga kehujung nyawa dan membawa kesyurga. Kasih suami terhadap isteri dan kasih isteri terhadap suami akan membuahkan nilai nilai kebahagiaan yang tidak terhingga sehinggalah mereka menerima anugerah daripada Allah...iaitu anak anak hasil dari perkahwinan mereka. Dan daripada anak anak yang yang dihasilkan mereka inilah yang akan terus menyambung zuriat sebagai pewaris dan mendoakan mereka ketika mereka menghadap Allah kelak.
Pertengahan umur...
Tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga dan memberikan didikan yang sempurna kepada anak anak mereka pula...disinilah waktu yang amat penting bagi mereka untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. disamping ia juga akan memberikan kehidupan kepada anak anak mereka untuk membesarkan lagi masjid yang telah dibina.
Tua/ Hujung nyawa...
Tidak lagi mapu untuk bekerja kuat. Dan masa emas yang tinggal adalah amat berharga sekali bagi mereka untuk mencurahkan kasih sayang terhadap pasangan hidupnya, anak anak dan cucu cucu mereka. Dan tiada lagi yang dicarinya melainkan kebahagiaan dan ketenangan dalam mengabdikan diri Kepada Allah yang maha esa. serta menerima hakikat bahawa hidup ini adalah untuk sementara sahaja..`dimana ada permulaan maka adalah juga pengakhiranya` Dan hanya disyurga Allah sahaja mereka akan ditempatkan untuk selama lamanya. Ketika tua mereka akan didatangi penyakit yang hanya menjadi penyebab untuk menghadapi sakaratulmaut , apabila nyawa ditarik kembali, tubuh akan terbujur kaku dan segala pintu serta peluang untuk ibadat sudah tertutup, melainkan kebaikan yang dilakukanya dahulu serta anak anaknya yang soleh mendoakanya didunia.
Setakat itulah riwayat mereka dan hanya bekalan ibadah dan amalan yang dilakukan dahululah yang hanya mampu untuk menolongnya..
P/S bertanyalah kita kepada diri kita , cukupkah amalan dan kebaikan kita didunia dan layak kah kita kesyurga Allah..dan jika tidak sanggupkah kita kenerakanya untuk menghadapi azab yang maha dasyat...?
No comments:
Post a Comment