Saturday, December 4, 2010

Putaran Alam

Tika sang mentari mulai terbenam dikaki langit, pintu malam pun mulai menyapa menandakan giliran sang rembulan pula, mentari telah melabuhkan tirai malamnya untuk beradu, begitupun keindahan pemandangan semasa peralihan suasan sebelum malam menjelang..begitu mengasyikan..langit kelihatan kemerah merahan dan nun jauh dikejauhan, kelihatan sekawan burung burung beterbangan..balik semula kesarang masing masing menurut putaran hukum alam..hening sekali..alangkah moleknya sekiranya keindahan permandangan tersebut dapat berpanjangan..namun tidak mungkin terjadi kerana sudah menjadi ketetapan Allah

Saturday, November 27, 2010

munajat cinta.......




Malam ini ku sendiri
Tak ada yang menemani
Seperti malam-malam
Yang sudah-sudah

Hati ini selalu sepi
Tak ada yang menghiasi
Seperti cinta ini
Yang s’lalu pupus

Reff: Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya…

Mawar ini semakin layu
Tak ada yang memiliki
Seperti aku ini
Semakin pupus

Reff: Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya…

Friday, August 20, 2010

buat tatapan saudara saudara ku

Hargailah orang tua anda

Sering sahaja kita mendengar ada orang berungut disekeliling kita dengan berkata kalaulah aku mempunyai ini atau mendapat itu ataupun berada ditahap yang lebih baik tidaklah aku jadi begini…
Persoalanya adakah terlalu teruk sangatkah nasib kita itu..?
Sebenarnya jika kita mengatakan nasib kita ini malang… ada yang lebih malang lagi…dan jadi berfikirlah kita dimanakah kita patut meletakan diri kita ini..
Sekurang kurangnya kita masih mempunyai orang tua kita…dari kecil lagi kita telah dicurahkan sepenuh kasih sayang dari orang tua kita dan dimanakah malangnya itu…?
Ingatlah kita kerana diluar sana masih ramai anak anak yatim piatu yang tidak mempunyai ibubapa..dan lebih malang mereka tidak mendapat perhatian kasih sayang seperti kanak kanak lain…
Setelah apa yang telah dicurahkan dari ibubapa. tanggungjawab kita pula untuk membalas budi mereka setelah mereka tua dan tidak berdaya kelak…
Ingatlah bahawa jiwa kita akan merasa tenang dan bahagia setelah kita mengisi kekosongan hidup ibubapa kita di waktu senja mereka…dan jika setelah mereka telah pergi kita akan merasa aman dan redha dengan ketentuan ilahi setelah kita menjalankan tanggungjawab kita terhadap mereka dengan penuh rasa keihklasan dan penuh kasih terhadap mereka ..
Percayalah bahawa kebahagiaan hidup dalam mencapai tahap yang lebih baik adalah bukan bersandarkan kepada keperluan materialistic semata mata…kerana ia berada didalam hati kita..

Friday, August 13, 2010

sebak dan pilu bila membaca berita ini

'Adik mengucap banyak-banyak'
Oleh Ravale Savarinathan
2010/08/12

BAGAN DATOH: “Adik (Mohamad Hafizin Basiran) mengucap banyak-banyak, ibu minta maaf, tak terdaya lagi nak tolong adik. Ibu sayangkan adik tapi ibu tak mampu nak buat apa-apa lagi...ibu minta maaf.” Begitu rintihan hiba Rawiyah Zurmutih, 59, di telinga anak bongsunya itu beberapa minit sebelum mangsa meninggal dunia, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, Mohamad Hafizin, 20, meninggal dunia selepas traktor membawa muatan kelapa sawit yang dipandunya terbalik ke dalam parit lalu menghempap mangsa di rizab Jalan Parit Enam, Kampung Sungai Pergam, dekat sini.

Lebih menyayat hati, mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika berada di pangkuan ibunya yang gagal menarik keluar mangsa dari bawah traktor terbabit.


“Saya masih terbayangkan wajah adik pada saat-saat akhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Sebelum kejadian, saya dan suami serta arwah keluar dari rumah seperti biasa kira-kira jam 8.30 pagi semalam (kelmarin) untuk ke kebun sawit bagi mengait buah dengan arwah memandu traktor.


“Kira-kira jam 12 tengah hari, tayar belakang traktor dipandu arwah tenggelam kerana membawa muatan berlebihan menyebabkannya tersangkut. Suami (Basiran Mat Tamin, 73) memutuskan pulang ke rumah di Kampung Sungai Pergam tidak jauh dari kebun untuk mengambil besi umpil selepas melihat arwah masih gagal mengeluarkan traktor itu biarpun beberapa kali mencuba.


“Namun, tindakan arwah yang terus mencuba menyebabkan traktor itu hilang imbangan sebelum terbalik ke dalam parit dan menghempap arwah dari bahagian dada hingga kaki,” kata Rawiyah sebak.


Menurutnya, sebaik melihat kejadian itu, dia berlari ke arah arwah yang masih bernyawa ketika itu dan cuba menariknya keluar dari bawah traktor, tetapi gagal kerana terlalu berat.


“Saya berhempas-pulas cuba mengangkat traktor dan menarik arwah keluar, namun sebaik melihat muka adik semakin kebiruan dan mulut mula berbuih, ketika itu saya menyedari tiada apa lagi mampu dilakukan kerana dia sedang nazak.


“Saya terus mengajarnya mengucap dan dia sempat melafaznya. Saya juga meminta maaf kepadanya kerana tidak terdaya menyelamatkannya. Beberapa saat kemudian, arwah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya. Saya kemudian meninggalkan arwah dan menunggang basikal untuk pergi mendapatkan bantuan penduduk kampung.


“Separuh perjalanan, saya bertembung dengan suami dan dalam keadaan sebak, memberitahunya adik sudah tiada dan memintanya mendapatkan bantuan orang kampung,” katanya ketika ditemui selepas pengebumian anak bongsu daripada enam beradik itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pergam kira-kira jam 2 petang semalam.


Sementara itu, Basiran berkata, dua hari sebelum kejadian, arwah tiba-tiba meminta dia membina sebuah rumah kecil untuknya.

“Hanya arwah yang masih tinggal bersama kami manakala lima lagi anak tinggal di luar. Pada mulanya saya tidak faham apa maksud arwah yang meminta saya membina rumah kecil untuknya.


“Selepas kejadian menimpanya, saya anggap ia petanda arwah mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya. Yang pasti, Ramadan kali ini akan disambut secara sederhana dan sudah hilang meriah tanpa kehadiran arwah,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman yang teruk.

Dipetik dari harian metro

Friday, July 23, 2010

Sifat Lahir Mengikut bulan Islam




Khairohizat lahir pada : Isnin, 4, Ramadhan, 1401 Hijrah
Perilaku Berdasarkan Bulan Islam: RAMADHAN : Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat

Wednesday, July 21, 2010

Erti Cinta dan menyayangi..



Seringkali kita mendengar kejadian bunuh diri..membunuh kekasihnya..hilang kewarasan dan menjadi gila..bertindak diluar batasan..menghadapi tekanan perasaan..sukar untuk menerima takdir dan ketentuan serta menyalahkannya…hidup tidak keruan…tersasar jauh dari landasan hidup yang sepatutnya..
Memang benar setiap orang selalu mengharapkan yang terbaik buat dirinya tetapi langit tidaklah selalunya cerah…hidup manusia pun macam putaran roda…sesekali kita berada diatas tapi jangan lah pula kita lupa akan sampai masanya kita akan berada dibawah..oleh itu kita perlu juga beringat sentiasa…
Setiap orang disekeliling kita mahupun diri kita sendiri telah dikurniakan naluri cinta dan perasaan sayang ,menyayangi dan disayangi..dengan perasaan ini jugalah manusia dijadikan Allah untuk hidup saling memerlukan diantara lain…baik untuk pasangan kekasih..suami isteri..adik beradik..seluruh keluarga dan juga diantara rakan rakan..
Akan tetai disini Definasi cinta dan sayang menyayangi perlulah berlandaskan diatas garis panduan yang sepatutnya…diatas garis panduan agama..nilai nilai moral..keperluan atau nafsu semata mata..atas dasar tanggungjawab dan sikap menerima kebenaran sekalipun ia adalah amat pahit untuk ditelan…dan percayalah kerana didunia ini memang tempat manusia sentiasa diuji..dan disini dan ketika ini hanyalah cekal dan tabah sahaja yang menjadi rakan mereka…samada mereka ini akan Berjaya keatas permukaan atau terus tenggelam jauh didasar laut
Ada Seseorang itu yang amat menyayangi bunga yang mekar didalam pasu..kerana terlalu taksub untuk memegang dan mencium bunga itu lalu dia memetik dan membawa untuk tidur sekali..akibatnyanya keesokan hari bunga itu telahpun layu dan mati…Disini apa yang perlu untuk dia menyayangi bunga itu adalah perlunya dia menyiram, membaja, membersih pokok itu dan mengembur tanah pokok tersebut agar bunga bunga yang disayang itu terus mekar dan berbunga bunga..
Secara ringkasnya jika kita menyayangi seseorang itu..apa yang perlu adalah kita buat apa yang terbaik untuknya…sekalipun jika orang itu adalah orang kita cintai tetapi tidak dibalas adalah menjadi tanggunjawab kita untuk memberi yang terbaik untuknya dan hormati keputusanya…kerana jika kita menyayangi dan menyintainya tidak semestinya perlu untuk kita memilikinya…kerana itulah ketentuanya dan terimalah dengan rela hati…Dan ini termasuk juga jika seseorang itu telah mempunyai isteri dan anak anak apa yang perlu untuknya lakukan yang terbaik buat keluarganya…sayangi anaknya sama dengan mendidik anaknya menjadi orang yang berguna kelak dan bukanya memanjakan…
Akhir kata cinta dan perasaan sayang perlu hadir bersama tanggungjawab dan bukanya diatas dasar nafsu semata mata…kerana kelak ia akan memakan diri

Friday, July 9, 2010

Ribut sepanjang jalan Batu Arang






Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/07/08
RAWANG: “Hanya laungan azan dapat saya lakukan sebaik bumbung kedai saya melayang
ke langit akibat angin kencang,” kata mangsa, Mohamad Ismail, 58, menceritakan kejadian angin
kencang yang melanda kedai makannya di Batu 23, Batu Arang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian angin kencang diikuti hujan lebat kira-kira jam 2 petang itu,
puluhan rumah di Jalan Batu Arang mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung.

Mangsa yang ditemui berkata, ketika kejadian dia dan isteri, Kamaliah Ismail, 54, sedang sibuk
melayan pelanggan di kedai makannya yang terletak di hadapan rumah.

“Saya bagaimanapun tergamam apabila angin berkabus putih tiba-tiba datang menderu
dari hadapan kedai menyebabkan saya dan isteri terpaksa berpaut pada almari kaca
yang menempatkan lauk-pauk.

“Angin kuat diselangi bunyi umpama puting beliung itu menyebabkan bumbung kedai
dan rumah saya bergegar kuat seolah-olah ditarik dari atas,” katanya.

Menurutnya, kejadian cemas selama lima minit itu menyebabkan dia hanya mampu
melaungkan azan sambil berdoa agar dia dan isteri tidak mengalami malapetaka lebih dahsyat.

“Selang beberapa saat kemudian bunyi kuat disusuli angin berputar menyebabkan
separuh daripada bumbung kedai saya terangkat sebelum berterbangan di udara.

“Malah semua perkakas dan periuk di dapur rumah saya melambung ke udara.
Air hujan pula melimpah masuk melalui bahagian bumbung yang diterbangkan
angin berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sebaik ribut berkenaan reda, dia mendapati puluhan kedai yang berada
berhampirannya turut rosak.

“Ini adalah kejadian pertama kali berlaku sejak saya tinggal di sini hampir 20 tahun.
Buat masa ini, saya terpaksa membersihkan kedai dan rumah sebelum
perniagaan boleh dijalankan semula,” katanya.
diterbangkan angin yang datang bergulung-gulung,” katanya.

Pada masa sama, Penghulu Rawang 2, Ahmad Nazri Ibrahim, 39, yang melawat kawasan kejadian berkata,
bencana alam terbabit turut menyebabkan beberapa rumah di Bandar Country Home,
Kundang dan Batu Arang rosak terutama membabitkan bahagian bumbung.
diterbangkan angin yang datang bergulung-gulung,” katanya.

Pada masa sama, Penghulu Rawang 2, Ahmad Nazri Ibrahim, 39, yang melawat kawasan kejadian berkata,
bencana alam terbabit turut menyebabkan beberapa rumah di Bandar Country Home,
Kundang dan Batu Arang rosak terutama membabitkan bahagian bumbung.

Menurutnya, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Daerah Gombak bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mangsa yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya 20 kedai membabitkan kedai membaiki kenderaan, perabut, kilang
dan kedai alat ganti mengalami kerosakan akibat kejadian ribut berkenaan,” katanya.
Keratan Akhbar metro ...

Aku ada ditempat kejadian pada masa tu...macam biasa aku menungang motor untuk pulang kerumah dari KL memang sepanjang jalan dari Damansara height sampai ke kerumah memang hujan tak henti henti...tapi yang peliknya bila lepas jer dari traffic light bandar country homes aku rasa hujan makin lebat dan kuat..tapi aku rasa tak kisah pun memang main redah jer...tapi lepas 200 meter dari situ tiba tiba angin betul kuat sampaikan aku tak nampak apapun kat depan..macam paper kat atas cakap angin yang berkabus..memang kuat. aku pun mula panik jugak pasal motor aku macam dah kena tolak kat sebelah jalan. sampaikan aku nak tengok meter motor pun tak nampak...dalam keadaan angin kuat tu menolak aku ter paksa sengetkan motor kekiri sebab memang rasa macam motor ni dah nak terbang dah..dan tak sengaja aku sebenarnya dah turunkan kedua dua kaki aku kebawah untuk menolak motor naik naik aku sampai gak kat area kedai berhampiran..untuk mendapatkan perlindungan...peh memang kecoh...diaorang pun sampai keluar dari kedai tu...macam barang terbang masa tuh..ada yang jatuh atas jalan ter masuk khemah carwash dan zink yang melayang layang dan berselarak atas jalan ,lebih menakutkan bila aku nampak tiang tiang elektrik dan wayarnya berhayun hayun dek kerana angin tu..pokok pokok jangan ceritalah memang habis patah dibuatnya...
aku dapat rasakan air hujan tersebut memang sejuk..mengigil jugaklah aku...yang kelakarnya masa aku dok kat koridor kedai tu...tiba tiba jer sign board besar atas kedai tuh tercabut ditiup angin dan jatuh plak betul betul depan aku...angin tu jadi dalam masa 30 minit jer...pastu hujan balik macam biasa...masa aku masuk kejalan banda tasik puteri..memang jem habis semua pokok patah atas jalan. jadi pengajaranya adalah Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara termasuk juga yang mustahil bagi kita..bayangkan jika angin tersebut berlaku sampai satu hari dan bukanya 30 minit sahaja..hmmmm tak ada yang tinggal lah jawabnya...ada hikmah disebalik dugaan yang telah aku terima dikali ini...diharapkan peristiwa tersebut menjadi pedoman untuk aku...terima kasih Ya Allah

Friday, July 2, 2010

Logiknya solat dalam sudut pandangan sains


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Monday, June 28, 2010

Ujian dan Dugaan

Selama ni aku mencari apakah ertinya ‘menikmati’ dugaan Allah’… dan akhirnya.. dengan izin Allah aku kini sedang menikmati dugaan itu dan aku sangat bersyukur pd mu Ya Allah kerana diuji dengan cara sebegini..

Manusia diuji tuhan dengan pelbagai cara, ada yang diuji dengan kematian, kesakitan, kecacatan, kehilangan harta benda dan juga kehilangan orang yang tersayang…..

Dan ujian itu dibawa dengan pelbagai cara dan ada yang secara tidak langsung darinya, ada yang tuhan datang ujian itu daripada kawan sendiri, keluarga, mahupun orang yang disayangi…

Tetapi ujian adalah satu anugerah yang amat ternilai dalam hidup manusia.. dia adalah merupakan guru yang tidak bercakap dan memberi pengajaran yang yang tiada di mana-mana buku sekalipun…

Jika kita merasakan hari ini kita dibebani dan seribu duka, ingatklah ada orang disekeling kita lebih merasai pedih dengan ujian yang menimpa dirinya.

Anggaplah ujian yang mendatang itu adalah secebis daripada ratusan dan ribuan duka yang menimpa makhluk lain di muka bumi ini..

Sunday, May 23, 2010

Buat pedoman bersama



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang
lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

cara untuk mencapai ketenangan jiwa


  1. Jangan lupa menunaikan ibadah
  2. memperbanyakan istiqfar
  3. Tinggalkan perbuatan dosa
  4. Berzikir dan sentiasa ingat Allah
  5. Berbakti dan sentiasa ingat ibubapa disamping berdoa untuk mereka
  6. Berbuat baik dan sentiasa menolong orang
  7. Tunaikan hajat orang lain
  8. Banyakan selawat
  9. Banyak buat kebajikan
  10. Bangun awal
  11. Menjalin silatulrahim
  12. Selalu berwuduk
  13. Selalu bersedekah
  14. Solat tahajud
  15. Selalu berdoa
  16. Usaha dan Ikhtiar
  17. Tawakal kepada Allah

Wednesday, May 19, 2010

Permata


Engkau buah hati kami. Padamu tergantung masa depan kami. Dunia kami dan akhirat kami. Hilang letih dan lelah kami ketika melihat engkau beranjak dewasa tumbuh dengan akhlak mulia. Wahai anakku,… engkau hidup di penghujung zaman yang semakin banyak kerusakan dan fitnah yang menyambar setiap detik nafasmu. Jikalah tidak engkau bergantung pada Zat Yang Maha Kuat dan Kuasa pada siapa lagi engkau kan berlari.

Kami tidak perduli melihat para orang tua yang sibuk memilih dunia untuk belahan jiwa mereka. Yang berkorban dengan apa saja agar anak-anaknya berhasil meraih pangkat dan kedudukan di hati manusia. Yang bila mana kami lupa memanggil anaknya dengan nama biasa, maka mereka akan segera tergesa-gesa meralat,.. maaf anak kami adalah seorang dokter panggillah nama depannya dengan jabatannya.

Duhai penyejuk hati yang gundah,… kami menginginkan dunia hanya sebagai bekal untukmu menuju akhirat yang abadi. Karena itu kami tidak kecewa bila mendapati nilai C pada matematikamu atau fizikamu. Tetapi sungguh kami akan menangis dan berduka bila engkau lalai pada perintah Rabbmu.

Duhai penyejuk mata,…. di hari yang semakin mendekati kepunahan. Tak lelah kami mendidikmu dengan Al-Qur’an. Betapa engkau sangat kami inginkan menjadi penghafal dan pengamal Al Qur’an. Siang malam kami bersabar dan tak kecewa membetulkan bacaanmu yang yang tertatih-tatih dan terlupa dari satu ayat Al-Qur’an.
Demikian pula doa senantiasa kami panjatkan untuk kalian agar Allah memberi kemudahan.

Untukmu… bersabarlah di hari yang sulit ini. Sungguh engkau akan menikmati jerih payahmu
ketika dewasa nanti.Janganlah engkau lupakan kami dalam doamu .Semoga Allah di kemudian hari, memberi kelapangan pada kubur kami yang sempit nanti.

Cerita bersama dikampungku

Dahulunya masa kecik kecik dulu memang best...Ramai kawan kawan, macam macam cerita yang boleh dikongsi bersama, terutamanya masa sekolah rendah...banyak sangat kenangan masa dulu dulu..kadang kadang ada juga rasa rindu dan terbayang bayang masa aku bermain dengan kawan aku dahulu...antara permainan favourite tu seperti tuju selipar, tuju tin, polis sentri, lompat getah, gasing dan banyak lagi..masa dulu aku tak pernah fikir banyak sangat masalah macam sekarang ni, tak ada tanggungjawab, tak perlu bekerja dan tak banyak tekanan hidup..hmmm...tapi pun nak buat macam mana..itulah lumrah kejadian alam dan manusia..ada permulaan dan ada pula penghujungnya..dan inilah masa untuk aku bergerak ke peringkat seterusnya...mahu atau tidak itulah realitinya...
antara aktiviti yang disukai adalah mandi sungai..nama sungai tu `sungai batu` memang nama dia macam tu...mungkin banyak batu kot..tak jauh dari rumah, cuma 2 kilometer jer..dulu memang best...sambil mandi kitorang akan memancing sekali...huhuhu..itu dulu...sekarang tempat tu dah tak cantik lagi..lepas project menanam balik kelapa sawit...huuu...habis semua pokok getah ditebang...ingat ikan pun dah tak banyak lagi..
Walaupun masa tu dah lama berlalu tapi masih banyak kenangan yang aku ingat sampai sekarang..dan mungkin aku akan ceritakan balik untuk generasi aku yang akan datang..
sungguhpun masa dulu macam sekejap jer...tapi itu memang waktu yang amat mengembirakan aku sepanjang hidup..
tapi aku ada menyimpan hasrat untuk terus tinggal disana bila sudah tidak ada halangan nanti...sekalipun untuk disemadikan disana...

Sunday, May 16, 2010

Kesempurnaan

Bercakap tentang kesempurnaan, adakah kita sudah berada ditahap yang sudah cukup sempurna?
hampir menjadi sempurna? ataupun masih belum sempurna..apakah ada usaha kita untuk menuju kearah kesempurnaan itu?..masih merancangkah lagi..? ataupun sebenar nya kita tidak pernah membuat apa apa pun untuk berubah...dan sebenarnya mengharapkan sesuatu itu menjadi lebih baik tampa apa apa usaha...?
memang banyak sangat persoalan yang bermain didalam kepala ...mana satu kah

Monday, May 10, 2010

Sampai bilakah.......


sampai bilakah aku nak hidup seorang diri....? sampai bilakah aku nak lihat kebahagiaan orang disekeliling aku yang sudah berumahtangga..?adakah aku layak untuk semua itu...?
ataupun aku hanya perlu simpan sahaja angan-angan aku itu ataupun buang saja jauh-jauh dari
hidup aku.....
kadang kadang terasa susah sangat untuk memberi kepercayaan aku kepada orang lain....atau mungkin lansung tak percayakanya.....yelah nak kata aku ni deman sangat pun tak jugak...muka aku ni pun lansung tak hensem.....jadi kalo dapat yang takde rupa sangat pun jadilah...tapi tulah...
rasanya takkan ada perempuan yang akan terima aku sepenuh hatinya..kalau dapat pun nasib lah....tu pun akan belum tentu menjanjikan kebahagiaan....sebab mungkin masalah atau kekurangan hanya ada pada aku sahaja..........jadi tak payah lah nak fikir sangat....biar apa orang nak kata pun...kalau lah ada jodoh tu ada lah...kalau tak membujanglah sampai ke tua.......mungkin dah itulah benda yang dah tersurat...apa nak buat..kalau aku ni banyak duit mungkin jugak orang pandang....sebab itu salah satu jugak lah kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak perempuan dan keluarga mereka....
perkara yang sama juga untuk pekerjaan aku...rasanya aku dah patut berubah...tapi masih macam ini lagi.......hmmmm sedih jugak kalau boleh aku nak berniaga sendiri...tak kisahlah berniaga kecil kecilan pun tak apa.....tapi dengan tanggungjawab aku sekarang...terhadap
keluarga...rasnya memang amat berat bagi aku untuk membuat perubahan dalam masa terdekat.....
apa yang aku dapat buat adalah berdoa kepada allah setiap kali selepas solat agar permudahkan laluan untuk aku memulakan langkah pertama dalam merubah hidup dan kerjaya aku.......kerana aku ni pun bukan muda lagi...macam dulu...perlu untuk perubahan.....insyallah...

Tuesday, May 4, 2010

Petua mencuci hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, April 27, 2010

Erti



ku melihat dunia tetapi aku tidak pula mengerti mengapa aku disini....

ku melihat dunia yang penuh dengan warna kehitaman tidak pula aku mengerti mengapa ia begitu...

ku melihat dunia yang penuh dengan pacaroba tidak pula aku takut kesana..



ku mula mengesot...merangkak..bertatih..berjalan..berlari..dan terus melompat tinggi...tapi kemana hendak kita pergi..?...bertanyalah kepada diri...dimanakah kita sekarang....?




ku masih lagi meraba raba didalam dunia yang penuh dengan warna hitam...manusia menindas manusia...berbunuh bunuhan sesama manusia...khianat mengkhianati...memutus tali persaudaraan dan hidup dengan penuh dendam...apakah yang dicari..?adakah itu dapat membahagiakan mereka..?




ku berjalan didasar bumi yang terbentang luas untuk mengharungi pancaroba

..semakin jauh berjalan, semakin berat kaki melangkah..

..semakin jauh berjalan, semakin banyak yang dipelajari disepanjang perjalanan..

..semakin jauh berjalan, semakin kita kenal asal usul kita...

..semakin jauh berjalan, semakin merasakan seperti ingin rebah kebumi...

tetapi sejauh manapun aku berjalan didunia..ia tetap tidak sama diakhirat kelak...

didunia ini umpama sepintas lalu sahaja aku disini...






Ibu saya

ini adalah ibu saya..namanya indon bt yen, kalo diikutkan mak saya ni sebenarnya berasal dari parit buntar tapi sebelah penang.. menurut ibu saya semasa kecilnya dia dah tak pernah duduk dengan atuk saya lagi..duduk rumah makcik jaga anak makcik dia masa tu..memang kesian dia cuma sekolah sampai darjah 3 sahaja kalau tak silap saya...tapi mak saya ni gigih orangnya..jarang dia berputus asa dalam membuat sesuatu..itulah juga yang membuat saya berasa kagum denganya..dan selepas itu dia mengikut atuk dan to wan saya berpindah ke pahang ..emmm... masa tu tanah rancangan banyak dibuka dipahang...keluarga emak saya berhijrah ke felda kg awah...dan ibu saya telah dijodohkan dengan abah saya diatas persetujuan diantara keluarga mereka...arwah abah saya iaitu salleh bin bahazain@madzain...selepas itu emak dan abah saya berhijrah pula ke felda jenderak utara bagi pertempatan peneroka felda disitu..dan disitulah tempat saya dilahirkan dan tempat tumpah darah saya.. saya dibesarkan didalam persekitaran kampung..dahulunya kehidupan kami tidaklah senang...kerana saya pun berasal dari keluarga susah..tetapi emak saya sanggup berkorban nyawa demi untuk anak anaknya...pernah juga saya menangis kerana melihat emak dalam keadaan deman tapi masih juga pergi keladang..jika diikut emak saya ini sebenarnya seorang yang tegas dan garang ...saya pernah dirotan ditangan kerana hanya mengambil duit 50sen diatas almari..dan pernah juga saya lari dari rumah tapi tak jauh hanya menyorok nyorok dalam kawasan ladang kerana tak tahan dimarah dan dipukul emak...masa kecik kecik dulu pun pernah juga terfikir macam nak bunuh diri..yelahh macam mak ni dah tak sayang anak dia lagi...
tapi bila difikir fikirkan kembali kerana mak ni garanglah saya menjadi manusia sekarang ini..terima kasih emak..jasa emak memang besar, dan tak mungkin saya dapat membalasnya...
sekarang ini emak saya berniaga kedai makan dikampung saya...apa yang saya paling respect sekali bila dia boleh menjalankan perniagaanya walaupun sebenarnya emak saya tidak sekolah tinggi, tidak pandai membawa kenderaan dan tidak mengharapkan pertolongan dari orang lain.
saya harap saya akan dapat memberikan kesenangan dan kebahagiaan buat emak saya hingga keakhir hayatnya....

Monday, April 26, 2010

Tentang Manusia





Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah SWT adalah paling sempurna dibandingkan dengan machluk yang lainya, termasuk diantaranya Malaikat, Jin, Iblis, Binatang, dllnya. Tetapi kita sendiri sebagai manusia tidak tahu atau tidak kenal akan diri kita sendiri sebagai manusia. Siapa diri kita ini? Dari mana asalnya? akan kemana nantinya? Dan yang paling penting adalah bagaimana kita menempuh kehidupan didunia ini supaya selamat didunia dan akhirat nanti?

Sebenarnya manusia itu terdiri atas 3 unsur yaitu:

  1. Jasmani.
    Terdiri dari Air, Kapur, Angin, Api dan Tanah.
  2. Ruh.
    Terbuat dari cahaya (NUR). Fungsinya hanya untuk menghidupkan jasmani saja.
  3. Jiwa. (An Nafsun/rasa dan perasaan).
    Terdiri atas 3 unsur:
    • Syahwat/Lawwamah (darah hitam), dipengaruhi sifat Jin, sifatnya adalah: Rakus, pemalas, Serakah, dll (kebendaan/materialis)-menjadi beban masyarakat.
    • Ghodob/Ammarah ( Darah merah ), dipengaruhi oleh sifat Iblis, Sifatnya adalah: Sombong, Merusak, Angkara murka dll (Menentang)-Menjadi pengacau masyarakat.
    • Natiqoh/Muthmainah (darah Putih), Dipengarui sifat malaikat, Sifatnya adalah: Bijaksana, Tenang, Berbudi luhur, Berachlak Tinggi dan Mulia- Menciptakan kedamaian dan kasih sayang.
Alat dari pada Jiwa yaitu otak, yang terdiri atas 3 bagian juga:
  1. Akal (timbangan) haq atau bathil
  2. Pikir (hitungan) Untung rugi
  3. Zikir (ingatan) Ingat Allah

Jadi kalau diibaratkan kereta maka jasmani ini adalah badan daripada kereta sedangkan Roh sifatnya hanyalah sebagai yang menghidupkan saja dan Jiwa adalah pemandu atau yang mengendalikan dari pada keretanya dimana dialah yang bertanggung jawab atas keselamatan dari pada kereta itu sendiri. Jadi Disini jelaslah bahawa yang dikatakan manusia itu adalah Jiwanya dimana dialah yang bertanggung jawab atas perbuatanya.
Machluk machluk yang diciptakan Allah ( dimana ada yang menjadi musuh atau lawan manusia yaitu Iblis dan Jin kafir.)

Ada 6 mahluk yaitu:

  1. Malaikat, Dari Nur (cahaya) menerangi/mengawasi manusia.
  2. Iblis, Dari Nar (Api), sifatnya merusak, merupakan musuh manusia.
  3. Jin, Dari asap yang beracun, sifatnya memabukan, merupakan penggoda dan juga membantu manusia.
  4. Tumbuhan, Hanya mempunyai naluri, berfaedah, untuk keperluan manusia.
  5. Hewan, Syahwat dan ghodob, berfaedah untuk kepentingan manusia.
  6. Manusia, Sebagai pengatur alam, pengurus dunia /khalifah
Corak corak Manusia:
  • Mu'min
  • Kafir
  • Munafi

Perjalanan Kehidupan Manusia:

  1. Alam Arwah/Roh, Masih didalam alam suci/taqdir ketentuan
  2. Alam Rahim, Didalam Kandungan Ibu/Qadarditentukan
  3. Alam Dunia/Alam nyata, Penyelesaian/Untuk sementara
  4. Alam Kubur/Alam Barzah, Dalam tahanan alam Kubur/prefentif
  5. Alam Mizan, Timbangan Alam dibangkitkanya kembali Manusia
  6. Yaumil Ma'lum ( Hari Pengumuman/Keputusan), Surga bagi yang beramal baik; Neraka bagi yang beramal buruk

Tuesday, April 20, 2010

Papa kedana


hmmm...itulah yang saya nak katakan....
manusia hidup didunia ini ada bermacam macam ragam...

akan tetapi jika diberikan kuasa maka akan lupalah seseorang tu akan dirinya..
tak kiralah kuasa pangkat ataupun kuasa duit...memang manusia ni cepat mudah lupa

jika orang kaya dia akan mendabik dada dan mengatakan setiap kekayaan yang diperolehi adalah hasil daripada usahanya, tetapi dia sudah lupa setiap rezeki itu datang dari allah..jika tidak dari belas ehsannya orang kaya tersebut tidak akan dapat kekayaan itu, janagan katakan hartanya sahaja bahkan segala galanya kita ini hanya hidup diatas belas ehsannya..sehinggakan nyawa kita ini pun adalah miliknya...jadi fikir fikirkanlah..Apa? yang kita milik didunia ini?..jawapannya tidak ada satupun...yang sebenarnya kita ini hanyalah papa kedana...
Itupun masih ada yang takbur dalam berkata kata...

terutamanya mereka yang berpangkat...
walaupun tidak semuanya tetapi kebanyakan adalah sama..yang berfikiran mereka dapat mengubah dan memanupulasikan sekelompok manusia mengikut kemahuanya..jika yang dilakukan itu adalah baik maka itu adalah lebih baik..jika yang dibuat itu umpama yang berada diatas itu berjalan dan memijak kepala yang berada dibawah..itulah adalah hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.....

Macam mana yeee...

Jika yang sepatutnya orang yang kaya dan berharta itu perlulah membelanjakan setiap kekayaannya itu kearah kesejahteraan dan pembentukan umat manusia..menjadikan setiap manusia
itu berpotensi dalam mengubah manusia manusia lain dan akan datang.. kearah yang lebih baik..

Jika yang sepatutnya orang yang berpangkat itu perlulah menggunakan pengaruhnya bagi
menyeru orang disekelilingnya berubah kepada keadaan yang lebih baik..kerana orang yang dipandang tinggi itu sentiasa menjadi model dan ikutan didalam sekelompok manusia tersebut...

Dan sentiasa ingat jika bukan kerana belas ehsan dari Allah kita tidak akan berada disini..kerana kita hanyalah papa kedana..

Mencari......


kebahagiaan sebenar tidak boleh dibeli dengan wang ringgit kerana wang hanyalah salah satu faktor kecil dalam kebahagiaan...
Kebahagiaan tidak akan datang jika tidak dicari dan dikenali....
kebahagiaan hanya lahir dari ketulusan dan keikhlasan hati diatas dasar tanggunggjawab...
Kebahagiaan tidak perlu dicari jauh hingga kehujung dunia....
Kerana kebahagiaan ada dalam setiap diri manusia, ada didalam hati ada didalam jiwa....
Renungilah jauh kedalam diri...dan kenalilah diri sendiri..kekuatan kelemahan dan kelebihan
Kerana kebahagiaan akan lahir selepas kita menerima diri kita seadanya...

Monday, April 19, 2010

Satria perkasa hitam




Huhuhuhu...ini adalah satu daripada hero hero yang amat aku gemari...ingat bukan setakat menggemari aksi aksi ganasnya tetapi juga customnya yang amat bergaya sekali..

pernah jugak masa kecik kecik dulu masa bermain dengan kawan kawan cuba meniru lagak ngeri hero pujaan tersebut...tapi mesti jer nak jadi hero.. mana nak jadi geng jahat...huhuhu...mana ada aweks nak pandang pulak nanti...

Dulu ditayangkan masa umur dalam darjah 1.. mula tu ingat nak tunggu cita lain tapi tiba tiba plak keluar citer ni...mula mula tu ingat citer ni macam drama jepun biasa jer..pas bila dia bertukar wajah jer...pehhh...memang mengagumkan...2 thumbs up...hahahha..dulu dulu manala ada cite best best lagi...tu pun kira memang tahap happening la..

Habis satu geng kampung geng kelas semuanya aku pergi jaja kan citer nih...sampi masa jer kita orang duduk depan TV..kalau ada yang nak terkencing ker, berak ker, kena suruh pergi kedai ngan mak ker atau tolong basuh pinggan ke...hmmmm...memang kita orang buat tak tahu jer...

rasanya sampai sekarang aku masih meminati satria perkasa hitam tersebut..
ok sampai sini sajalah untuk satria perkasa hitam ni yer..goodnite..

Laskar pelangi


mimpi adalah kunci untuk kita menakhlukkan dunia berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya

laskar pelangi

tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia selamanya…

cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi walau hidup kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi tak kan terikat waktu jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia

menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga bersyukurlah pada Yang Kuasa cinta kita di dunia selamanya selamanya

Saturday, April 17, 2010

Andai


Andai aku mampu menyinari alam ini dengan cahaya warna kebahagian akan kulaksanakan sekalipun tergadai nyawa demi umat manusia sejagat..akan tetapi aku hanyalah insan kerdil yang hanya mampu memberi cahaya kepada ruang yang amat terhad..akan tetapi jika setiap insan didunia ini menyinari pada setiap ruang yang terhad itu maka bersinar lah setiap ruang di alam ini bersulam cahaya warna warni kehidupan...

Andai aku mampu untuk hidup seribu tahun akan kugunakan waktu itu untuk menyeru seluruh umat manusia agar melakukan kebaikan hingga kehujung zaman...akan tetapi aku hanyalah insan kerdil yang hanya mampu hidup sebentar sahaja didunia..akan tetapi jika setiap generasi berilmu akan mewariskan kebaikan akhlak mereka maka umat manusia akan terpelihara sepanjang zaman..

Andai aku mampu memutarkan kembali waktu waktu yang telah lepas..tidak ada satu waktupun digunakan untuk keburukan..akan tetapi aku hanya insan kerdil yang tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan...akan tetapi jika setiap kesalahan dan kesilapan itu telah pun disesali sepenuh hati beserta dengan taubat yang paling dalam..maka tidak perlulah ia meratapi lagi akan gerimis yang telah lepas..hadapilah waktu waktu yang akan datang dengan
lebih bermakna..

Andai aku mampu membawa orang tua ku ketahap yang lebih tinggi bagi membahagiakannya akan ku pikulnya keatas sekalipun aku rebah kebawah..akan tetapi aku hanyalah insan kerdil
yang sentiasa ditekan dengan permasalahan pilihan dan keputusan..akan tetapi setiap pilihan dan keputusan yang dibuat atas dasar istiqorah maka..kebahagiaan yang aku kecapi diatas keberkatan orang tu aku adalah kebahagiaan yang amat bermakna sekali buat mereka..

Friday, April 16, 2010

MANUSIA
















Kejadian manusia....
dari setitik air mani, maka terbentuklah segumpal darah, daging dan tulang. Disitulah jasad manusia dijadikan sempurna sehinggalah dihembuskan roh kedalam jasad tersebut. Lembaga yg terbentuk itu dikandungkan didalam perut seorang wanita selama 9 bulan...

Ketika Bayi...
Apabila ia dilahirkan kedunia, ia telah disambut dgn senyuman oleh kedua ibubapanya sebagai tanda kesyukuran. Disitu bayi tersebut akan di Azankan atau di Iqamatkan ditepi telinga bayi tersebut sebagai tanda mengislamkannya. Dan pasti bayi tersebut sangat sangat disayangi oleh ibu yang melahirkanya dan Bapanya sebagai tempat bergantung dan berteduh. Begitulah besarnya pengorbanan yang dibuat oleh Ibubapanya. Bayi ibarat kain putih yang akan dicorak mengikut kemahuan ibubapanya, jka putih warna yang dicalit maka putihlah akhirnya nanti dan jika hitam yang dicalit maka tempanglah perjalanan hidupnya nanti. pengorbanan ibu untuk menjaga bayi tersebut amatlah besar, sanggup bersengkang mata ditengah malam, membersihkan najisnya, menyusukanya dan mengendong ia disisi ketika ia dahagakan kasih sayang dan perhatian.

Ketika kanak kanak...
Disinilah ia bermula untuk mempelajari sesuatu yang baru dan yang belum pernah ia berjumpa sebelum ini, sebelum kejadianya. Jika buruk yang dipelajari ia makaburuk jugalah masyarakat manusia akan datang dan jika baikperkara yang dipelajarinya maka cemerlang dan diberkati jugalah masyarakat akan datang nanti. Disinilah tanggungjawab Ibubapanya untuk memimpin tangan anak anak kecil ini agar terus kuat semangatnya dan berada dijalan yang lurus. Dunia kanak kanak jugalah merupakan zaman yang penuh dgn kegembiraan dan warna warna kehidupannya adalah cerah..

Ketika remaja...
Proses dimana mereka akan menuju kearah kedewasaan dan kematangan. mereka dalah remaja yang bakal mewarisi kita dimasa akan datang. ketika ini remaja yang cemerlang akan terhasil apabila ilmu ilmu dunia yang dicari untuk pembangunan umat manusia adalah dan sepatutnya berlandaskan juga kepada ilmu ilmu agama . Dan ini adalah penting supaya islam akan menjadi pendinding kepada jiwa mereka, hati mereka tidak akan dicemari oleh pengaruh yang tidak baik.

Kedewasaan....
Seperti juga anak anak burung, dimana bila sampai ketika dan waktunya ia akan dilepaskan untuk terbang bebas di angkasa .Dan ketika dewasa inilahmereka akan diuji dengan pelbagai perkara, masalah dan dilema yang hanya kepada mereka yang sudah berbekalkan ilmu ilmu dunia dan ilmu ilmu agama sahaja yang mampu untuk terbang lebih tinggi taktala menghadapi cabaran demi cabaran. `setiap manusia dijadikan berpasang pasangan` dalam ketika itu mereka akan dikurniakan pendamping yang berdiri dibelakangnya..iaitu jodoh yang telah ditentukan Allah untuknya. Rumahtangga yang dibina atas dasar cinta kerana Allah akan sentiasa diberkati dan dicucuri rahmat daripadanya hingga kehujung nyawa dan membawa kesyurga. Kasih suami terhadap isteri dan kasih isteri terhadap suami akan membuahkan nilai nilai kebahagiaan yang tidak terhingga sehinggalah mereka menerima anugerah daripada Allah...iaitu anak anak hasil dari perkahwinan mereka. Dan daripada anak anak yang yang dihasilkan mereka inilah yang akan terus menyambung zuriat sebagai pewaris dan mendoakan mereka ketika mereka menghadap Allah kelak.

Pertengahan umur...
Tanggungjawab untuk membahagiakan keluarga dan memberikan didikan yang sempurna kepada anak anak mereka pula...disinilah waktu yang amat penting bagi mereka untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. disamping ia juga akan memberikan kehidupan kepada anak anak mereka untuk membesarkan lagi masjid yang telah dibina.

Tua/ Hujung nyawa...
Tidak lagi mapu untuk bekerja kuat. Dan masa emas yang tinggal adalah amat berharga sekali bagi mereka untuk mencurahkan kasih sayang terhadap pasangan hidupnya, anak anak dan cucu cucu mereka. Dan tiada lagi yang dicarinya melainkan kebahagiaan dan ketenangan dalam mengabdikan diri Kepada Allah yang maha esa. serta menerima hakikat bahawa hidup ini adalah untuk sementara sahaja..`dimana ada permulaan maka adalah juga pengakhiranya` Dan hanya disyurga Allah sahaja mereka akan ditempatkan untuk selama lamanya. Ketika tua mereka akan didatangi penyakit yang hanya menjadi penyebab untuk menghadapi sakaratulmaut , apabila nyawa ditarik kembali, tubuh akan terbujur kaku dan segala pintu serta peluang untuk ibadat sudah tertutup, melainkan kebaikan yang dilakukanya dahulu serta anak anaknya yang soleh mendoakanya didunia.
Setakat itulah riwayat mereka dan hanya bekalan ibadah dan amalan yang dilakukan dahululah yang hanya mampu untuk menolongnya..
P/S bertanyalah kita kepada diri kita , cukupkah amalan dan kebaikan kita didunia dan layak kah kita kesyurga Allah..dan jika tidak sanggupkah kita kenerakanya untuk menghadapi azab yang maha dasyat...?


Thursday, April 15, 2010

Tanda Hari Akhir Kita











ni adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma samada mereka sedar
atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar
.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
yang sedar dan berdetik di
hati bahawa mungkin ini adalah tanda
mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang
terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
forward this buletin…may ALLAH SWT
bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita….